Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBawa Watak Antagonis Dalam Filem ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’, MK K-Clique Tak...

    Bawa Watak Antagonis Dalam Filem ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’, MK K-Clique Tak Takut Dikecam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon MK K-Clique mengakui bahawa watak Bono yang dilakonkan olehnya dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak sangatlah berbeza jika dibandingkan dengan watak hero romantik dalam drama cinta yang lain.

    Sisi lain MK

    Menerusi temu bual bersama MK berkata, filem Rebel ini menampilkan sisi lain dirinya apabila diberi tanggungjawab memegang watak jahat di layar perak.

    Tambah MK, dia sememangnya suka watak antagonis dalam filem genre aksi sekali gus mencabar kemampuannya dalam bidang lakonan.

    Bila ditawarkan watak Bono, saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja dalam filem sulung, Datuk Awie dan mencabar diri melakonkan watak jahat dalam filem.

    Saya tidak takut dibenci penonton kerana melakonkan watak jahat kerana ia sekadar lakonan.

    Watak Bono menjadi penjahat kerana dia tinggal di kawasan setinggan dan terdedah dengan persekitaran yang kurang baik.

    Disoal mengenai persediaan yang dilakukan sebelum berlakon, MK memberitahu dia banyak membuat rujukan dengan menonton filem genre aksi dari dalam dan luar negara.

    Selaku pengarah, Awie juga banyak memberi bimbingan bagaimana untuk menjiwai watak Bono dalam filem itu.

    Saya terima tawaran pun kerana mahu bekerja dengan Awie kerana dia juga sama seperti saya dari penyanyi menjadi pelakon dan kini pengarah.

    sempat bertanya mengenai pengalaman MK apabila dapat bekerja dengan Awie. Ujar MK, pada mulanya, dia berasa takut dan gementar untuk bekerjasama dengan vokalis kumpulan Wings itu.

    Sebagai pelakon baharu, saya tidak tahu karakter Awie di lokasi. Namun, saya tidak sangka, Awie seorang yang sangat baik, berhemah tinggi dan sangat professional ketika bekerja.

    Kalau kita buat sesuatu yang tak kena pun dia akan datang dan tegur dengan cara yang lembut dan sangat berhemah.

    Kalau penggambaran bermula lambat, Awie sendiri akan datang berjumpa pelakon dan kru untuk mohon maaf dan pastikan keadaan semua orang okay di lokasi.

    Ditanya babak paling mencabar pula, kata MK, ia membabitkan babak pergaduhan dalam filem itu.

    Saya banyak babak dengan watak utama Luka (lakonan Ben Ali) dalam filem ‘action pack’ ini..“Paling mencabar untuk buat babak pergaduhan yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 6 pagi.

    Saya tidak mengalami kecederaan kerana produksi sangat menjaga aspek keselamatan dengan menyediakan pelakon lagak ngeri untuk babak yang bahaya.

    Sebelum penggambaran, kami juga giat berlatih dengan bantuan koreografer disediakan produksi di lokasi. Setakat sakit-sakit badan tu perkara biasalah dalam filem aksi.

    Sekadar info, Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan oleh Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.

    ALSO READ:  Izzue Islam Beraya Di Selangor, Kelantan & Johor – ‘Jauh Sikit Perjalanan Kali Ni’

    Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

    Ia sudah mula menemui penonton di pawagam di seluruh negara bermula 2 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts