Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBawa Watak Isteri Dicurangi, Mira Filzah Taruh Kepercayaan Pada Suami – ‘Ada...

    Bawa Watak Isteri Dicurangi, Mira Filzah Taruh Kepercayaan Pada Suami – ‘Ada Rasa Takut, Tapi Berlakon & Realiti Berbeza’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mira FilzahMira Filzah

    Membawakan watak isteri dicurangi dalam drama ‘Curang Tanpa Niat’, pelakon Mira Filzah mengakui perkara itu tidak menggugat kepercayaannya terhadap suami tercinta, Wan Emir Astar.

    Percaya suami

    Mira FilzahMira Filzah

    Mira atau nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu saling mempercayai antara satu sama lain.

    Saya memang percaya dengan suami dan meletakkan kepercayaan kepadanya. Apabila berlakon itu ada juga rasa takut, tetapi bagi saya perkara begini (lakonan) adalah dua perkara berbeza dengan realiti.

    Hubungan dengan suami, saya tidak menggabungkan antara soal kerjaya dan hal peribadi. Jadi pada saya tidak timbul rasa kurang selesa dalam diri saya selepas melakonkan watak isteri dicurangi suami.

    Mira berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Komunikasi penting

    Mira FilzahMira Filzah

    Tutur ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia dan suami amat mementingkan komunikasi dalam rumah tangga yang dibina sejak September 2020.

    Suami saya tahu saya berlakon dalam cerita ini (tentang kecurangan). Saya sangat bersyukur kerana dia banyak memberi sokongan.

    Seperti saya katakan, saya sangat percaya dengan suami dan meletakkan kepercayaan kepada dia.

    Bagi saya komunikasi itu sangat penting dan sebagai pasangan yang sudah berumah tangga, saya juga sangat mementingkan komunikasi dengan suami.

    Imbas kembali, Mira dan Wan Emir selamat bergelar suami isteri pada 3 September 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khai Amir yang kini berusia dua tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban Nahas Helikopter Terhempas
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts