Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBayi 6 Bulan Mati Didakwa Lemas Dalam Selimut, Pengasuh Tak Sedar Sebab...

    Bayi 6 Bulan Mati Didakwa Lemas Dalam Selimut, Pengasuh Tak Sedar Sebab Sibuk Buat Kerja Rumah – ‘Bibir Dia Sudah Biru..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Berita Harian

    Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Melaka pada Isnin.

    Bibir mangsa biru, muka tertutup dengan selimut

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Berita Harian, pengasuh wanita yang berusia 27 tahun itu hanya menyedari tentang kejadian sekitar 11:30 pagi. Ketika itu, dia melihat bayi berkenaan yang dikenali sebagai Harraz Noah Nazrul Nizam, 6 bulan, dalam keadaan terlentang dengan sehelai selimut menutupi mukanya.

    Susulan menerima panggilan daripada pengasuh, Ainol Izzah Raslan (ibu mangsa), kemudian memaklumkan kepada ibunya (nenek mangsa) berhubung insiden itu sebelum wanita itu bergegas ke lokasi kejadian.

    Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir Harraz sudah biru. Serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.

    Ibu bapa tak salahkan pengasuh

    Foto: Berita Harian

    Bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dikejarkan Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka. Namun disahkan meninggal dunia.

    Sementara bapa mangsa iaitu Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, reda dengan pemergian anak tunggalnya dan tidak menuding jari menyalahkan pengasuh. Sebaliknya dia menyifatkan pengasuh tersebut telah menjaga anaknya itu dengan baik sejak empat bulan lalu.

    Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya.

    Jenazah Harraz Noah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, pada Selasa.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Video: Erra Fazira Mencuba Yang Terbaik Dalam Percintaan, Tetapi Allah Memandunya Ke Arah Lain
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts