Semua sedia maklum bahawa sebelum ini pempengaruh terkenal Marissa Dania Hakim, anak kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim, menjadi buah mulut ramai setelah spekulasi mengenai kehamilannya tular di media sosial.
Meminta Orang Ramai Mendoakan Yang Terbaik
Spekulasi mengenai kehamilan Marissa mula tercetus apabila netizen mendakwa melihat ‘baby bump’ ketika beliau meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Namun, Marissa memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin tersebut dan dia juga meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Terbaru satu perkabaran yang menyatakan bahawa bayi sulung kepada Marissa dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Bayi Dilahirkan Dalam Keadaan Pra Matang
Menurut Harian Metro, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang.
Di atas kejadian tersebut, dikatakan bahawa bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya dan kejadian tersebut sudah diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja.
Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja
Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang dan dia juga turut memuat naik gambar suaminya itu.