Baru-baru ini pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan mengenai kariernya sebagai seorang selebriti di Malaysia.
Ada Penerbit Yang Mahunya Membuka Tudung
Dia memaklumkan bahawa ada penerbit filem yang memintanya membuka tudung untuk watak ditawarkan baru-baru ini.
Julia yang merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini berkata, menurut Harian Metro, dia tidak menyalahkan penerbit filem berkenaan kerana dia bukan beragama Islam dan tidak memahami kewajipan menutup aurat dalam agama Islam.
Penerbit itu bertanya sama ada saya boleh buka tudung untuk watak ditawarkan dalam filem terbitannya?
Pada mulanya, saya terkejut dengan pertanyaannya itu dan menganggapnya biadap.
Penerbit itu kata dia nampak ramai saja artis yang boleh pakai dan buka tudung sekarang.
Jadi, dia fikir saya juga sebegitu
Berdepan Cabaran Besar
Julia yang bertudung sejak dua tahun lalu mengakui dia berdepan cabaran besar untuk terus istiqamah.
Malah dia juga turut menyatakan bahaw adia sendiri tidak terkejut apabila ada segelintir artis yang kembali membuka tudung setelah sekian lama memakainya dan memahami perasaan mereka ini.
Saya sendiri pun sudah beberapa kali menangis kerana tidak kuat dan berasa seperti ‘kehilangan karier’ kerana banyak watak terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dengan penampilan bertudung.
Bagaimanapun, Julia bersyukur kerana suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dan sahabat baiknya yang juga pelakon, Sanjna Suri sentiasa memberi semangat dan kekuatan padanya untuk terus istiqamah.