Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBekas Isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Dedah Mesej Lucah Dengan Seorang Wanita -”...

    Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Dedah Mesej Lucah Dengan Seorang Wanita -” Tak Pakai Kondom…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nurul Shuhada, bekas isteri kepada pelakon terkenal Hafidz Roshdi, mengejutkan ramai apabila memuat naik tangkap layar perbualan berbaur lucah di antara Hafidz dengan seorang wanita di media sosial.

    Pendedahan tersebut dipercayai merujuk kepada perbualan yang berlaku pada Januari tahun lalu.

    Menurut Shuhada, 30, pendedahan itu dibuat setelah Hafidz didakwa memulakan perang antara mereka.

    “Kau memang berani, sebab kau yang salah. Aku pegang aib kau yang amat besar ini, aku ada semua bro. Semua,” tulisnya di Instagram.

    Shuhada mendakwa bahawa selain perbualan tersebut, dia juga memiliki bukti rakaman audio dan pengakuan daripada pasangan berkenaan.

    “Kalian nak baca perbualan antara pencurang dan pelakon atau rakaman suara? Pilih,” kongsinya lagi.

    Tindakan mendedahkan bukti tersebut diambil kerana Shuhada tidak lagi mampu menahan sabar setelah ibunya turut dimalukan.

    “Selama 18 bulan saya sabar! Kau yang mula dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu kalau dia yang sebar baru kongsi.’ Disebabkan perbualan mama saya mempertahankan saya pun dimalukan, silakan menjamu hidangan. Jangan jolok sarang tebuan! Kau sentuh aku! Kau sentuh mak dan anak-anak aku, jumpa di mahkamah,” luahnya penuh emosi.

    Shuhada turut memberi amaran kepada Hafidz agar tidak mengaitkan dirinya lagi dalam sebarang isu.

    “Jangan! Aku cakap jangan sentuh aku dan nak tengok jauh mana aku pergi? Okey, saya seru kepada semua yang berkelapangan pada 3 Julai depan, perbicaraan kes jenayah (tumbuk) akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Mari bawa sepanduk ‘berani kerana benar’,” tambahnya.

    Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz, atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.

    ALSO READ:  Tidak Halang Atau Sokong, Kazar Menyerahkan Kepada Ira Untuk Memilih Haluan Hidupnya

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. Selepas perceraian, Hafidz bernikah dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada, pada 15 Disember tahun lalu.

    Pendedahan mengejut ini pasti menambah ketegangan dalam hubungan antara Hafidz dan Shuhada, dan kes ini akan menjadi tumpuan umum pada perbicaraan yang akan datang.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts