Ternyata perpisahan tidak menjadikan hubungan antara usahawan Datuk Red bersama bekas-bekas isterinya terjejas, malah mereka dilihat sering menyokong antara satu sama lain.
Kongsi gambar kahwin
Bekas isteri pertama Datuk Red yang dikenali sebagai Cik Hanaa, memuat naik sekeping foto persandingan usahawan tersebut bersama penyanyi Adira.
Kelihatan Datuk Red dan Adira duduk di pelamin dan mengenakan busana berona merah jambu pada hari perkahwinan mereka.
Hantaran tersebut dikongsikan Cik Hana untuk memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat momen hari bahagia pasangan itu.
Dah tahu, ramai tunggu gambar dari ‘muzium’ ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat gambar tersebut dan turut memuji sikap keluarga Datuk Red yang sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka.
Tak pernah tengok gambar ini, akhirnya post juga. Tak sabar nak tengok mereka naik pelamin lagi sekali.
Tenangnya Hana ni, semoga kebahagiaan milik mu selamanya.
‘Sporting’ bekas isteri Datuk Red ni. Dah la cantik, baik pula patutlah rapat dengan Adira.
Sukanya dengan family besar ini. Jadi idola pada semua yang menonton, sangat terinspirasi.
Terdahulu, Datuk Red didakwa menceraikan Cik Hanaa tidak lama selepas dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Cik Hanaa.
Datuk Red kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.