Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBekas Murid Dedah Mesej Nasihat Dikirim Nur Farah Kartini – ‘Cari Kawan...

    Bekas Murid Dedah Mesej Nasihat Dikirim Nur Farah Kartini – ‘Cari Kawan Yang Boleh Percaya, Manusia Cepat Berubah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nur Farah KartiniNur Farah Kartini

    Seorang wanita bernama Tasya yang merupakan bekas pelajar kepada Nur Farah Kartini berkongsi paparan mesej berbentuk nasihat mengenai persahabatan yang pernah dikirim arwah.

    ‘Cari kawan yang boleh percaya’

    Nur Farah KartiniNur Farah Kartini

    Menerusi perkongsian tersebut, Farah menasihati Tasya agar jangan berasa takut sekiranya tidak mempunyai ramai kawan.

    Arwah berpendapat, pentingnya memilih sahabat yang memiliki sikap dan peribadi sama seperti diri sendiri.

    Cikgu (Farah) nak awak (Tasya) sentiasa kuat, jangan sedih-sedih tau. Awak nak SPM tu nanti, fokus belajar.

    Kalau awak takut tiada kawan, cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tiada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak. Maksunya, bila masa dia ada, adalah tu. Kalau tiada biarkan dia.

    Awak hanya cari circle yang sesuai dengan diri awak sahaja. Orang ini kita tak boleh nilai, sebab manusia cepat berubah.

    Tasya berkongsi mengenai perkata itu menerusi sebuah hantaran di TikTok berserta sekeping foto mereka bersama.

    Dalam pada itu, Farah turut berpesan kepada Tasya untuk lebih mengutamakan tentang masa depan berbanding perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

    Lagi pun semua sudah besar, sekarang hanya fasa kita nak bina masa depan kita macam mana. Tak kisah orang sekeliling kita macam mana pun, yang penting diri kita.

    Kita berjaya suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi ramai orang. Sekarang ini, awak rasa sunyi adalah bagus. Tapi cikgu nak pesan awak jangan pendam sangat perasaan.

    Tak baik untuk emosi awak nanti. Setidaknya awak cari yang awak percaya untuk awak nak luahkan apa yang awak rasa.

    Sementara itu, Tasya ketika dihubungi memberitahu, Farah merupakan pelatih atau guru praktikal di sekolahnya yang terletak di Melaka pada tahun 2022.

    ALSO READ:  Kool 101 – Malam-Malam Kena On Radio Balik Ni: Netizen Teruja Dengan Kemunculan Semula Jamal Jamaluddin

    10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

    Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts