Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBekas Pekerja Failkan Saman Balas Kepada Puteri Sarah, Dakwa Difitnah – ‘Maruah...

    Bekas Pekerja Failkan Saman Balas Kepada Puteri Sarah, Dakwa Difitnah – ‘Maruah & Imej Saya Terjejas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas pekerja Puteri Sarah yang dikenali sebagai Nazatul Nazira nekad mahu membawa kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan aktres itu ke mahkamah.

    Belum ada kata sepakat

    Mendakwa turut menjadi mangsa fitnah, Nazatul, 30, berkata, pihaknya juga telah menfailkan saman terhadap aktres berusia 38 tahun itu.

    Masih lagi dalam perbincangan. Tapi pihak saya ada juga memfailkan saman fitnah terhadap Sarah.

    Saya rasa, kita teruskan di mahkamah. Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama saya dan menuntut hak saya.

    Fitnah yang dilemparkan Sarah telah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi saya ingin berjuang untuk keadilan saya.

    Nazatul berkata demikian sejurus prosiding mediasi pertama yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Sementara itu, peguam yang mewakili Nazatul, Aryssa Ariana berkata, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut berhubung kes tersebut.

    Katanya, kedua-dua pihak akan bertemu sekali lagi pada prosiding mediasi kedua yang akan berlangsung pada 25 September depan.

    Buat masa sekarang pihak kami tidak boleh beritahu apa-apa lagi. Sekarang ini masih dalam perbincangan dan akan ada satu lagi mediasi. Belum ada kata sepakat lagi sehingga kini.

    Masih terlalu awal untuk bercakap. Pihak kami juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu.

    Terdahulu, Sarah dan Nazatul hadir ke mahkamah bagi prosiding mediasi berhubung kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan aktres berkenaan pada tahun lalu.

    Pegawai mediasi kemudian menetapkan 25 September bagi prosiding kedua.

    Sebelum ini, Sarah mendakwa Nazatul telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

    Selain itu, Nazatul juga telah menuduh Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

    ALSO READ:  Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

    Susulan itu, Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts