Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam – ‘Apa-Apa Keputusan...

    Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam – ‘Apa-Apa Keputusan Saya Berserah Kepada Allah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas pembantu peribadi kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani memberitahu akan berjuang sendirian tanpa bantuan peguam.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Maaf Kalau Selama Ini Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan’ – Aliff Syukri

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri ‘Ngeri’ Dengan Sikap Manusia Berpura-Pura Baik – ‘Depan Kita Dia Paling Malaikat’

    Tak mampu upah peguam

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Melati atau Mel berkata, dia tidak menggunakan khidmat peguam kerana tidak berkemampuan.

    Saya memang tak ada wang ringgit untuk mengupah peguam pada Khamis ini. Saya akan berjuang tanpa peguam.

    Dalam pada itu, Mel mengatakan dia hanya berserah kepada Tuhan dan keputusan yang bakal diterima dijangka berlaku pada Khamis ini.

    Saya memang tiada apa sekarang tapi saya ada Allah. Apa-apa keputusan pada Khamis ini saya hanya berserah pada Allah. Laa Haula Wa Laa Quwatta Illa Billah. Semoga dipermudahkan amin.

    Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati.

    Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida akan meneruskan tindakan penghinaan mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal pada Jumaat ini.

    Malah pihak Aliff juga mahu Melati dikenakan hukuman penjara.

    Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts