Baru-baru ini Band IAmNeeta, yang dianggotai oleh Neeta Manis, Patrick Anohada, dan Anas Zakwan mengumumkan bahawa mereka tidak lagi diuruskan oleh pengurus mereka, Becky atau Intan Nur Liyana Zulkepli.
Tindakan Yang Menyebabkan Salah Faham
Menerusi satu hantaran di Instagram, IAmNeeta menjelaskan bahawa beberapa tindakan Becky telah menyebabkan salah faham dengan beberapa pihak yang akhirnya menimbulkan masalah.
IAmNeeta juga turut menjelaskan bahawa Becky yang dilantik oleh bekas label mereka, NAR Records, telah melakukan beberapa salah nyataan yang tidak diketahui oleh pihak band.
Ini sekalgus menyebabkan kekeliruan dan masalah kepada beberapa pihak berkepentingan.
Becky Terkejut
Lantaran daripada kejadian tersebut, menurut HMetro, Becky terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh band IAmNeeta yang pernah diuruskannya.
Menurut Becky, dia telah menghentikan perkhidmatannya dengan IAmNeeta dan juga tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records.
Tapi didalam masa yang sama, Becky juga akur mungkin silapnya apabila dia tidak menulis benda itu dalam bentuk kiriman mesej dan hanya melalui perbualan telefon.
Becky juga menegaskan bahawa setelah Ogos 2024, dia tidak lagi menguruskan IAmNeeta dan kali terakhir dia menguruskan band tersebut adalah pada Jun 2024.
Becky turut menambah bahawa dia tidak menerima sebarang komunikasi daripada IAmNeeta sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan.