Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mahu Sambung Pengajian Peringkat...

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mahu Sambung Pengajian Peringkat PhD Di Penjara Kajang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam proses untuk memohon melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

    Perkhabaran itu dikongsikan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi rakaman program bual bicara yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

    Menurut Muhammad Shafee, beliau akan melawat Najib hampir setiap minggu dan kadang kala dua minggu sekali selain bertemu di mahkamah.

    “Dia (Najib) dalam penjara. Penjara biasa. Tetapi, atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku kan?.

    “Dia sudah buat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir, dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD dan diberikan nasihat tentang PhD,” katanya.

    Ketika ditanya bagaimana bekas Perdana Menteri itu mendapat bahan bacaan, Muhammad Shafee berkata, bahan-bahan itu nanti akan diperoleh menerusi pembantu Najib.

    “Jadi, saya gembira dia (Najib) melakukan sesuatu,” katanya.

    Najib ketika ini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts