Pemain bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan tertarik dengan ajaran Islam dan terbuka untuk memeluk Islam dalam waktu yang terdekat.
Ronaldo tertarik dengan Islam
@javisaliradja When Cristiano Ronaldo saying “Bismillah” before he takes the penalty? My goat ?i love you ? #fyp #cristianoronaldo #alnassr #lewatberandamu ? suara asli – Joker konohamaru
Memetik laporan portal Morocco World News, pendedahan itu dibuat oleh bekas rakan sepasukan yang merupakan bekas penjaga gol kelab Al-Nassr iaitu Waleed Abdullah.
Menerusi satu sesi temu bual, Waleed memaklumkan Ronaldo yang sudah menetap di Arab Saudi sejak setahun yang lalu dilihat begitu berminat denga Islam dan begitu mudah menyesuaikan diri dengan budaya di sana tanpa sebarang masalah.
Ronaldo memang ingin memeluk Islam. Saya pernah bercakap dengannya mengenainya dan dia menyatakan minat untuk melakukannya.
Dia sudah pun sujud di padang selepas menjaringkan gol,dan dia selalu menggalakkan pemain lain untuk solat dan mengikuti amalan agama Islam.
Sering ingatkan rakan untuk solat
Tambah Waleed, Ronaldo juga sering mengingatkan rakan sepasukannya yang lain untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Malah, bekas pemain Manchester United itu begitu hormat dengan agama Islam kerana sering meminta jurulatih untuk memberhentikan latihan setiap kali berkumandangnya azan.
Pada mulanya, saya rapat dengan Cristiano kerana dia tidak begitu mengenali budaya negara ini, kelab, atau beberapa perkara lain.
Dia sangat ingin tahu dan sering bertanya kepada saya tentang perkara-perkara tertentu.
Apabila sudah mula memahami budaya dan agama Islam, Ronaldo akan meminta jurulatih untuk memberhentikan sesi latihan setiap kali azan berkumandang sehingga azan selesai.
Dia juga akan sentiasa mengingatkan rakan sepasukan untuk menunaikan solat bila masuk waktunya.
Dan ketika Ronaldo sujud di atas padang selepas menjaringkan gol, semua pemain akan menjerit ‘Allahuakbar’ bersama-sama.
Sekadar info, Ronaldo mencuri perhatian apabila membuat keputusan mengejut untuk berpindah ke Saudi Pro League dengan menyertai pasukan Al-Nassr selepas meninggalkan kelab Manchester United pada tahun 2023.