Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBelajar Solat Daripada Kawan-Kawan Yang Tak Jangka Boleh Beri Inspirasi, Aisyah Aziz...

    Belajar Solat Daripada Kawan-Kawan Yang Tak Jangka Boleh Beri Inspirasi, Aisyah Aziz Akui Kini Insaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ada orang meletakkan sahabat lebih dekat berbanding dengan kawan. Kita mungkin mempunyai ramai kawan namun belum tentu semuanya dalam kategori sahabat. Sahabat itu sentiasa berada dekat dalam kehidupan. Ketika senang, dialah bersama meraikannya dan ketika susah dia tetap bersama dengan menghulurkan bantuan.

    Sebenarnya Islam sudah menjelaskan acuan persahabatan sesama manusia. Malah, Islam menggunakan istilah ‘persaudaraan’ iaitu jauh lebih rapat berbanding ‘persahabatan.’ Hal ini kerana persaudaraan sesama Muslim didasari oleh asas akidah Islamiah yang menjadikan hubungan tersebut sentiasa dalam keadaan harmoni dan diberkati.

    Bahkan, peranan seorang sahabat amat penting iaitu perlu membawa sahabatnya ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya kepada mengingati Allah SWT pada setiap masa.

    Penyanyi Aisyah Aziz, memberi gambaran mahu menjalani kehidupan lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT selepas mendapat petunjuk dan kesedaran, awal tahun lalu.

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), kelmarin, penyanyi kelahiran Singapura itu berkongsi situasi yang melanda dirinya, tahun lalu, hingga timbul kesedaran untuk berubah menjadi insan lebih baik.

    “Saya masih ingat hari yang sama tahun lalu. Saya tanya kepada Allah dari lubuk hati paling dalam, tolong berikan saya penjelasan… Saya mahu penyelesaian. Berikan saya petunjuk dan kekuatan yang cukup untuk saya melepaskan apa yang perlu.

    “Allah benar menguji saya pada Januari 2023 hanya untuk menyedarkan saya. Saya belajar solat daripada kawan-kawan yang saya tak pernah jangka boleh memberi inspirasi dengan cara sebegitu… Saya temui ketenangan apabila berseorangan,” luahnya.

    Aisyah atau nama sebenar, Nur Aishah Aziz turut berkongsi, hubungan bersama ibu bapa menjadi lebih baik, selain bersyukur dengan peluang diberi untuk menunaikan umrah.

    “Allah maha besar. Jujurnya masih banyak perkara yang berlaku tahun ini (2023) yang mahu saya ceritakan. Tetapi belum tiba masanya atau ia hanya antara saya dengan Allah,” katanya.

    Pada masa sama, Aisyah bersyukur dengan apa terjadi, selain berharap perjalanannya sepanjang tahun baharu akan mendapat kasih sayang Allah.

    ALSO READ:  ‘Hang Lah Batu Api Besar. Kalau Tak Nak Masuk Campur, Jangan Cakap Apa-Apa’ – Rita Rudaini

    Sejak beberapa hari lalu, penampilan Aisyah dilihat mula berubah apabila memuat naik foto dirinya berhijab di IG termasuk menerusi klip video ketika membuat persembahan.

    Malah, menerusi video dimuat naik penyanyi Daniesh Suffian di TikTok, Aisyah tampil memakai baju labuh dan hijab rona kelabu, lantas mengundang perhatian ramai.

    Rata-rata peminat memuji penampilan terbaharu Aisyah dan mendoakan agar dia dapat terus mengekalkan imej itu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts