Penyanyi Aina Abdul menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atas pengiktirafan sebagai Biduanita Negara Ke-3 pada majlis Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024), pada Rabu.
‘Beliau adalah idola kita daripada kecil’
Ketika ditemui Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani mengakui Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti sememangnya layak menerima anugerah tersebut
Tahniah kepada penyanyi kesayangan kita semua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mendapat anugerah Biduanita Negara Ke-3.
Tokti memang layak menerima anugerah tersebut, siapa lagi kan. Beliau adalah idola kita daripada kecil. Tak ada beliau, tak ada juga kita.
Selain turut menumpang gembira, pelantun lagu Jangan Mati Rasa Ini juga tidak menafikan bahawa terlalu banyak jasa dan pengorbanan Siti sepanjang bergelar anak seni.
Saya sangat gembira untuk beliau dan jasa beliau melangkaui segalanya. Jadi kepda Tokti, enjoy kemenangan ini dan sebab awak memang layak atas segala usaha selama ini.’
Sementara itu, Aina juga mengakui kemenangan yang diraih penyanyi nombor satu negara itu juga memberi inspirasi buatnya untuk terus melangkah jauh sebagai anak seni.
Beliau sebenarnya melebihi daripada inspirasi dan beliau adalah figura yang sentiasa ada di hati saya.
Terdahulu, Siti menerima Anugerah Khas, Biduanita Negara sempena ASN 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.