Pernah mengeluarkan produk Teh O Bell sebelum ini, pelakon dan pelawak iaitu Bell Ngasri kini mengeluarkan satu lagi produk baru buat peminatnya iaitu sambal gepuk jenama Sambell’s.
Terima tawaran jadi pengacara
Menerusi temu bual bersama , Bell berkata, produk tersebut tercetus apabila dia suka makan ayam gepuk. Pada masa yang sama, dia bertemu dengan rakan sekolahnya yang pandai membuat sambal.
Sebagai peminat nasi ayam gepuk, Sambell’s ni kena dekat tekak saya. Saya harap orang ramai dapat terima apa yang sedap bagi saya. Saya nak kongsikan selera saya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wujudnya Sambell’s kerana terinspirasi melihat kejayaan kawan-kawan sekolah saya juga. Saya berjumpa dengan Umar dan Pakli. Mereka bagi nama ‘Sambell’s’ dan saya kata sedap juga nama tu. Perniagaan ini juga saya usakan bersama isteri saya iaitu Nur Farhana.
Disoal mengapa memilih untuk menjual sambal memandangkan ramai golongan selebriti menjual produk yang sama, Bell secara ringkas menjawab sambal gepuk kurang dipasarkan berbanding sambal jenis yang lain.
Ditanya mengenai perkembangan karier seni, Bell memberitahu dia kurang mendapat tawaran berlakon sejak beberapa bulan ini.
Sejak beberapa bulan ini saya kurang dapat tawaran berlakon. Tapi, Alhamdulillah job lain seperti mengacara masih ada. Saya masih lagi aktif mencari sumber pendapatan menerusi pelbagai sektor seperti kerjasama dengan KKM juga.
Sekarang ini pula saya dah keluarkan produk Sambell’s, mungkin tumpuan akan diberikan kepada perniagaan terlebih dahulu. Saya harap orang ramai dapat memberi sokongan terhadap bisnes ini.