Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBell Ngasri Pesan Terus ‘Call’, Minta Jangan Percaya Kiriman Mesej – ‘Pastikan...

    Bell Ngasri Pesan Terus ‘Call’, Minta Jangan Percaya Kiriman Mesej – ‘Pastikan Orang Sebenar Atau Tidak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Bell Ngasri menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan taktik sindiket penipuan atau ‘scammer’ melalui kiriman mesej yang menyamar sebagai rakan-rakan mereka.

    Artikel berkaitan: Bell Ngasri Idam Watak Serius – ‘Saya Nak Buat Sebab Memang Ada Peminat Minta’

    Artikel berkaitan: ‘Tak Payah Marah Kalau Pendatang Baru Perangai Diva’ – Bell Ngasri

    Selidik terlebih dahulu

    Menurut Bell atau nama sebenar Nasrizal @ Ngasrizal Nasri berkata, orang ramai perlu selidik terlebih dahulu sebelum bertindak memindahkan wang diminta.

    Saya kena scam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu dengan ‘penyamar’ pelakon Mubarak Majid yang mengirim mesej di WhatsApp ingin meminjam wang. Tanpa selidik, saya masukkan duit diminta.

    Tapi, sekarang ada lagi kisah ini (scammer) dan saya harap supaya lebih berhati-hatilah. Sebenarnya, contoh (mangsa penipuan) itu dah berlaku kepada saya sendiri. Jadi, dah pernah tersebar pun dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana.

    Saya tak sangka masih terjadi lagi dan harap-harapnya kita lebih berhati-hati. Kalau dapat WhatsApp yang mencurigakan, sepatutnya terus hubungi individu berkenaan untuk kenalpasti dia adalah orang yang sebenar atau tidak.

    Menurut Bell, dia tidak lagi mudah percaya dengan mesej yang diterima daripada rakan selebriti atau sesiapa sahaja yang dikenali untuk meminta bantuan kewangan.

    Saya akan hubungi dulu dan bertanya adakah mereka yang menghantar mesej minta bantuan berkenaan. Tidak perlu bertanya semua benda melalui balasan mesej di tulis, tapi terus saja hubungi orang itu.

    Kalau kita berbalas mesej dengan pengirim, dia pasti akan jawab macam betul kerana itulah yang pernah saya lalui sendiri. Pengalaman saya mesej pada uncle Mubarak dan dia jawab beritahu dalam keadaan susah.

    Pada 2021, Bell menanggung kerugian sebanyak RM1,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ yang menyamar sebagai pelakon, Mubarak Majid yang kononnya dalam kesusahan.

    ALSO READ:  Westlife Bakal Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘Westlife The Hits Tour 2024’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts