Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBell Ngasri Ungguli Dua Kategori Pencalonan Top 5 ABPBH36! Eman Manan, Raja...

    Bell Ngasri Ungguli Dua Kategori Pencalonan Top 5 ABPBH36! Eman Manan, Raja Azura, Hun Haqeem & KJ Turut Tercalon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menambah debaran dan kehangatan, penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 membuat kejutan dengan mengumumkan senarai calon Top 5 bagi 16 kategori utama, hari ini.

    16 kategori dipertandingkan

    Senarai calon Top 5 yang diumumkan itu diperoleh melalui proses undian peringkat Top 20 bagi kategori utama yang dibuka pada 22 Ogos 2024 hingga ditutup pada jam 11.59 malam 30 September 2024 lalu.

    Pencalonan tersebut adalah berdasarkan undian peminat yang dibuat secara percuma atau melalui pakej langganan akhbar Berita Harian (BH) digital atau bercetak, melalui laman web rasmi ABPBH iaitu www.abpbh.com.my.

    Undian tertinggi dalam kategori tunggal di bawah 16 kategori utama, bakal menyaksikan juara kategori terbabit diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan pemilihan pemenang bagi setiap kategori dipilih berdasarkan 70 peratus undian orang awam dan 30 peratus undian juri profesional.

    Debaran memuncak

    Menurut Pengarah ABPBH 36 yang juga merupakan Pengarang Kanan Berita Hiburan dan Projek BH, Shamshul Azree Samshir berkata pengumuman calon Top 5 bagi 16 kategori utama dibuat bagi menambah debaran peminat terhadap malam kemuncak ABPBH 36.

    Sejak proses undian dibuka pada 22 Ogos 2024, peminat memberi sambutan cukup memberangsangkan terhadap kempen ABPBH 36 dengan mengundi artis pilihan masing-masing.

    Kehangatan mencari sang juara lebih dirasakan apatah lagi menjelang hari-hari terakhir sebelum undian ditutup tepat jam 11.59 malam 30 September 2024.

    Sejak undian ditutup, kita mendapat banyak maklum balas peminat yang bertanya mengenai hasil proses undian terutama artis bolos Top 5.

    Bagi memenuhi permintaan peminat dan menambah kehangatan acara, kita umumkan calon Top 5 ABPBH 36 dalam 16 kategori utama melalui media sosial BH dan Media Prima Berhad (MBP), tiga hari sebelum malam kemuncak ABPBH 36.

    Tambah Shamshul Azree, pengumuman ini juga diharap dapat menambah lagi keterujaan calon serta peminat untuk menantikan malam kemuncak ABPBH 36 dengan pengisian menarik termasuk persembahan pelbagai genre.

    Kita harap berbaki tiga hari sebelum malam kemuncak, topik berkaitan Top 5 ABPBH 36 hangat diperkatakan dalam pelbagai platform dan calon Top 5 mengambil peluang untuk merakam ucapan terima kasih kepada peminat yang meletakkan mereka dalam kelompok finalis ABPBH 36.

    Sokongan berterusan peminat kepada ABPBH bukan sahaja membawa maksud tersendiri kepada tema Teguh, malah, kesetiaan mereka boleh dianggap sebagai talian hayat dalam usaha BH meneruskan penganjuran acara berprestij ini dan merancakkan industri kreatif.

    Senarai Top 5 ini wajar dirai, malah, dianggap sebagai lambang kejayaan artis untuk muncul dalam kalangan lima calon paling popular bagi kategori disaingi, apatah lagi, dalam landskap industri hiburan digital yang cukup mencabar ini.

    KJ turut tercalon

    Dalam pada itu, Shamshul Azree berpendapat kesemua calon pemenang bagi setiap kategori yang telah diumum cukup ideal dan seimbang kerana adanya kombinasi artis senior dan angkatan baharu yang bersaing dalam semua kategori pada edisi kali ini.

    Apa yang jelas, undian diterima membuktikan kematangan peminat dalam meletakkan artis pujaan termasuk bintang senior pada tahap selayaknya. Kita mula melihat gelombang ini apabila artis senior, Bell Ngasri diumum Bintang Paling Popular pada ABPBH 35.

    Penganjur teruja apabila ABPBH dilihat sebagai platform untuk memberi pengiktirafan kepada bintang senior. Ini jelas diperhatikan apabila artis berpengalaman antaranya pelakon veteran, Eman Manan, Sabri Yunus, kumpulan Senario, Raja Ema, Raja Azura, Bell Ngasri, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Amyza Aznan, Haiza, Sharifah Shahirah, Ropie dan Azhan Rani bolos Top 5.

    Kita juga teruja menyaksikan artis tidak pernah tercalon di platform ABPBH termasuk yang membuat ‘come back’ bersaing di pentas berprestij ini, selain kemunculan wajah baharu seperti Khairy Jamaluddin.

    Pengiktirafan awal peminat terhadap calon Top 5 menjadi momen indah dalam perjalanan acara ini dengan tumpuan pasti terarah kepada malam kemuncak ABPBH 36 yang bakal mencipta sejarah baharu dalam survival acara anugerah pilihan peminat ikonik ini.

    Bertemakan Teguh, ABPBH 36 yang diinspirasikan penaja utama, CONBOO akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, pada Jumaat 11 Oktober 2024, mulai jam 9 malam.

    ALSO READ:  Allahu Akbar - Sophia Albarakbah

    Top 5 ABPBH36

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts