Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBella Astillah & Anak-Anak Gembira Sambut Aidilfitri Tanpa Aliff Aziz – ‘Saya...

    Bella Astillah & Anak-Anak Gembira Sambut Aidilfitri Tanpa Aliff Aziz – ‘Saya Memang Tak Jumpa Mahupun Berhubung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini tetap meriah meskipun tanpa kehadiran suaminya, Aliff Aziz.

    Gembira beraya bersama anak

    Memetik laporan Kosmo, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata meskipun tanpa Aliff di sisi, dia tetap bersyukur dapat menyambut bersama dua orang permatanya, Ayden Aderean, 7 dan Ara Adreana, 4.

    Menurut Bella, kedua anaknya itu juga tidak bertanya mengenai bapanya kerana mereka lebih rapat dengannya berbanding Aliff.

    Setakat ini Ayden dan Ara tiada apa-apa masalah sebab mereka rapat dengan Bella, mereka juga tidak bertanya apa-apa tentang Aliff.

    Saya sendiri alihkan perhatian mereka dengan bermain bunga api dan buat pelbagai aktiviti menyeronokkan.

    Lagipun ramai kawan-kawan saya datang rumah bagi duit raya, buat mereka lagi gembira.

    Tambah Bella, dia dan Aliff juga sudah tidak lagi berhubung sejak dirinya memfailkan penceraian pada bulan lepas.

    Lepas ke mahkamah, saya memang tak jumpa mahupun berhubung dengan dia. Bukan tidak mahu bertemu tapi belum berkesempatan,

    Saya sendiri pun tak pasti Aliff ada menghubungi keluarga atau tidak. Anak-anak gembira sahaja, lagipun mereka juga rapat dengan datuk dan nenek mereka.

    Mereka tidak berkesempatan lagi raya dengan bapa mereka, dan tiada perancangan untuk menemukan mereka sebab kami langsung tak berhubung.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

    ALSO READ:  ‘Aku Dah Failkan Hadanah Untuk Han & Yuki, Doakan Aku Menang Tau’ – Cik Epal

    Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

    Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts