Isteri kepada pelakon, Bella Astillah tampil membidas tuduhan pelakon Ruhainies selepas ‘kekasih gelap’ kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan bukti perbualan Aliff bersama Ruhainies di media sosial.
Ruhainies Tuduh Bella?
Menerusi perbualan yang dimuatnaik oleh Sarah Yasmine, Ruhainies mendakwa team Bella telah menghubungi pihak jenama-jenama terkenal untuk menamatkan kerjasama dengan pelakon filem Seandainya Kau Ada ini.
“Enough is enough. Kita dah sebar banyak. Tak cakap apa-apa for the past 2 weeks. But dia (Bella) tak pernah stop. Sempat dah bercerita dekat Jiha, aunty Zaki. Not only that, dia dah bagi Zaki Yamani punya mak tu dengar our voice recording tu. Sampai bila dia nak stop? We need to stop her.
Her team (Bella) even emailed brand-brand saya kerja untuk stop working with me. Awak nak pertahan kan lagi? Nak simpan lagi segala dia buat? Its time to boom. Lets’s kill these two birds with one stone.”-tulis Ruhainies di WhatsApp
“Fitnah! Bila Masa Pula Team Bella Nak Pergi Emel…”
Tidak berdiam diri, Bella tampil membidas tuduhan Ruhainies dengan menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah satu fitnah.
“Fitnah! Bila masa pula team Bella nak pergi email brands? Astaghfirullahalazim, nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ni RUHAINIES?.”-Bidas Bella Astillah di Insta Stories
Apa komen anda?