Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akui cemas apabila menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah mengenai keadaan anak sulungnya, Ayden Adrean, pada petang Isnin.
Anak jatuh tandas
Menerusi hantaran di Instagram Story, Bella berkata dia bergegas ke sekolah Ayden selepas dimaklumkan anaknya itu terjatuh bilik air.
Dapat panggilan dari sekolah Ayden jatuh kat toilet sekolah. Allahu berdebar sepanjang jalan nak ke sekolah tu.
Pada perkongsian sama, bekas isteri kepada penyanyi dan aktor Aliff Aziz itu melahirkan rasa syukur apabila Ayden tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Alhamdulillah tiada apa yang serius.
Dalam pada itu, Bella terus membawa anaknya pergi ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.
Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.