Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBella Astillah Dakwa Ada Perbualan Tak Senonoh Aliff & Ruhanies, Malu Nak...

    Bella Astillah Dakwa Ada Perbualan Tak Senonoh Aliff & Ruhanies, Malu Nak Cerita – ‘Saya Letak Recorder Dalam Kereta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil mendakwa dia mempunyai rakaman perbualan yang tidak senonoh antara suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies.

    Letak ‘recorder’ dalam kereta

    Ketika ditemui , Bella atau nama sebenarnya memaklumkan bahawa rakaman tersebut diperolehinya melalui alat perakam suara yang diletakkan di dalam kereta.

    Menurut Bella, alat perakam suara itu diletak selepas merasakan perubahan sikap yang berlaku dalam diri Aliff.

    Antara Aliff dan Ruhainies, mereka berdua ada perbualan yang tidak senonoh sesama mereka.

    Sejujurnya, saya nak terus terang bahawa sejak perubahan Aliff saya letakkan ‘recorder’ dalam kereta.

    Mereka ada bercakap soal, haih saya nak cakap pun malu sebenarnya tapi senang cerita yang kurang baiklah.

    Bella memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K-Town Korean BBQ, Komersial Radio, Bukit Jelutong, Shah Alam pada petang Rabu.

    Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini juga memaklumkan dia mempunyai segala bukti yang menunjukkan Aliff berlaku curang berkali-kali sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

    Banyak kali dah Aliff curang dan kebanyakkannya dengan orang terkenal tetapi tidak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka.

    Walaupun ramai yang kata saya fitnah suami sendiri tetapi saya nak cakap di sini bahawa Aliff sendiri tahu yang saya ada banyak bukti mengenai kecurangan dia.

    Kalau saya nak tunjuk sekarang pun boleh tapi takkanlah saya nak tunjuk, kita kan di bulan Ramadan.

    Tapi saya yakin, rahmat dan kuasa Allah itu lebih besar dan akan mengatasi segalanya.

    Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Terkejut Lihat Penampilan Fattah Amin!-“Ingat Pakcik Mana Tadi..”

    Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts