Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBella Astillah Dedah Ibu Mertua Punca Dia Melarang Anak-Anak Bertemu Keluarga Bekas...

    Bella Astillah Dedah Ibu Mertua Punca Dia Melarang Anak-Anak Bertemu Keluarga Bekas Suami Buat Seketika

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terbaru satu hantaran di Instagram milik pelakon Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

    Dalam hantaran tersebut, Bella seakan-akan menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran netizen dan menjelaskan kembali mengenai status yang dikatakan tidak membenarkan anak-anaknya bertemu dengan keluarga bekas suami.

    Ibu Mertua Punca

    via Instagram Bella Astillah

    Bella Astillah secara terang-terangan mendedahkan ibu mentuanya iaitu Siti Hafiza menjadi punca dia membuat keputusan melarang anak-anaknya daripada bertemu dengan nenek dan datuk mereka.

    Bella dalam penulisannya memaklumkan bahawa dia berdepan trauma dengan kata-kata yang dilemparkan oleh bekas ibu mentuanya itu ketika membuat panggilan video bersama anak-anaknya sebelum ini.

    Buat sementara waktu ini berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian.

    Cukup video call hari itu buat pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika video call.

    Allahu, bang tengok muka ayden tu kesiannya muka dia risaukan daddy dia, muka dia tertekan..

    Masya-Allah Ayden sayang jangan risaukan daddy ya, dia okay insya-Allah Ayden hanya perlu doakan daddy je.

    Mahu Persekitaran Yang Lebih Positif

    Gara-gara itu Bella memilih untuk berhenti berhubung buat seketika agar dua anaknya dapat membesar dalam persekitaran yang lebih positif.

    Inilah antara sebabnya, kerana ayat-ayat macam ini hanya akan menganggu fikiran budak kecil walhal dia tak ada pun fikiran sebegitu.

    Dalam pada itu, Bella turut meminta agar keluarga mentuanya itu tidak terlalu bimbang dengan keadaan anak- naknya memandangkan selama ini dia yang bertanggungjawab menguruskan hal mereka.

    Malah, bukan niatnya untuk memisahkan bapa dan anak, namun hanya perlukan sedikit waktu untuk meredakan keadaan yang masih tegang.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts