Susulan kenyataan panjang lebar yang dibuat pelakon dan penyanyi Bella Astillah, pada malam Jumaat, bekas ibu mentuanya, Siti Hafizah Basharahil sudah menjangka dia bakal terkena ‘tempias’.
Kena serang lagi!
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti Hafizah memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan mesej diterima daripada netizen yang ‘menghentamnya’.
Bagaimanapun, kata ibu kepada penyanyi Aliff Aziz itu, dia tidak terkesan dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan, sebaliknya mahu menyekat akaun individu yang menyerangnya.
Seperti dijangka, ‘cyber troopers’ yang tidak dibayar memang terbaik.
Masya-Allah, alhamdulillah, tapi jangan ‘loose sleep over me’ kerana inilah masanya untuk saya sekat dan padam semua (mesej) kerja keras anda.
Terdahulu, Bella membalas hantaran yang dimuat naik Siti Hafizah seakan memerli dia menghalang anak-anak daripada berjumpa dengan Aliff.
Menyangkal dakwaan tersebut, Bella berkata menegaskan tidak pernah menghalang Aliff bertemu anak-anak sepanjang menjalani proses perceraian mereka sejak April lalu.
Bella juga mendedahkan dia pernah ‘ditendang’ dari kumpulan WhatsApp keluarganya dan Hafizah berhenti mengikutinya di Instagram.