Sebelum ini, pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini.
‘Homemade’
Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga.
Terbaharu, aktres berusia 32 tahun itu berkata dia akan membuat kuih raya pada lewat malam sejurus pulang dari kerja.
Balik lewat malam lepas kerja buat kuihnya. Semua homemade, memang buat dekat rumah.
Rumah saya dah macam kilang, penuh kuih. Saya buat kuih batang buruk dan red velvet cookies. Nanti rancang nak tambah lagi iaitu semperit rainbow dengan makmur.
Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty Trading.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji ibu kepada dua cahaya itu dengan mengatakan selain memiliki wajah yang cantik, dia juga pandai mencari duit lebih dan mengharapkan pendapatan dari kerjaya lakonan.
Dah lah cantik, pandai masak, pandai bisnes, pandai buat kuih serba boleh Bella ini.
Rajin dan pandai cari duit lebih, bagus dia.
Dia sangat pandai berdikari.