Umum mengetahui, Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz berikutan kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon sensasi, Ruhainies.
Dapat sokongan ramai
Terbaru, Bella dilihat menerima banyak sokongan daripada rakan artis dan peminatnya sendiri. Rata-rata rakan artis memohon doa supaya Bella kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda.
Ujar rakan artis lagi, hanya Bella sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat dirinya dan anak-anak selepas ini. Di samping itu, mereka juga menyifatkan Bella sebagai wanita yang pemaaf kerana sudah memberi banyak peluang kepada Aliff Aziz untuk berubah.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaafkan Ruhainies meskipun hatinya pada masa ini didakwa sudah terlalu kecewa dengan perbuatan wanita tersebut yang dianggap sebagai kawan.
Menerusi pemerhatian pihak antara artis yang memberi sokongan terhadap Bella ialah, Linda dan Diana Rafar, Puteri Sarah Liyana, Ika Nabella, Syamim Farid, Puteri Zarith, Sweet Qismina dan Datuk A.Aida.
Di samping itu, Bella dilihat memuat naik satu video di Instagram Story miliknya. Video tersebut mempunyai sepotong ayat yang berbunyi ‘Hanya kerana kamu seorang penyabar, mereka mengira kamu tidak akan terluka’.
Menerusi video tersebut, Bella didakwa mahu meluahkan perasaannya yang sebenar selepas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.