Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBella Astillah Enggan Ambil Tahu Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies –...

    Bella Astillah Enggan Ambil Tahu Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Mereka Tiada Kaitan Dengan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Bella Astillah memaklumkan tidak mengetahui tentang perbicaraan mahkamah melibatkan kes khalwat bekas suami, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies yang berlangsung pada pagi Khamis.

    Bella tak ambil tahu isu Ruhainies, Aliff Aziz

    Ketika ditemui , Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia enggan untuk mengambil tahu tentang perkara yang bukan urusannya.

    Tambahnya lagi, individu terbabit juga sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengannya.

    Saya pun baru tahu dan tak nak ambil tahu.

    Dia pun tak ada apa-apa kaitan dan hubungan saya. Apa sahaja dan kemana mereka nak pergi atau dipanggil mahkamah dan sebagainya, saya tak ambil tahu.

    Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem All Access To Rossa 25 Shining Years, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia dan pihak terbabit kini telah menjalani kehidupan masing-masing.

    Pelantun lagu Tapi Bukan Dengamu ini juga mendedahkan dia kini sedang sibuk mencari rezeki dan memberi sepenuh fokus membesarkan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.

    Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts