Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBella Astillah ‘Petik’ Tindakan Ibu Aliff Aziz ‘Follow’ ‘R’, Dakwa Tiada Langsung...

    Bella Astillah ‘Petik’ Tindakan Ibu Aliff Aziz ‘Follow’ ‘R’, Dakwa Tiada Langsung Minta Maaf – ‘Unfollow Menantu Yang Jaga Anak Awak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dilihat memberikan respon terhadap hantaran yang dimuat naik bekas ibu mentuanya, Siti Hafizah Basharahil menerusi Instagram (IG).

    ‘Berhentilah memerli’

    Menerusi hantaran tersebut, Bella menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang bekas suaminya, Aliff Aziz daripada bertemu anak-anak sepanjang menjalani proses penceraian mereka sejak April lalu.

    Walau bagaimanapun, hati Bella begitu kecewa selepas tularnya hantaran perbualan yang mendakwa Aliff dan Ruhainies cuba untuk menjatuhkan reputasinya.

    Ingat saya ini tak ada perasaan? Bila saya baca semua perbualan mereka betapa hancurnya hati saya kerana ini adalah plot twist terbesar dalam hidup saya.

    Orang yang saya percaya, tahu luar dalam dan yang saya sayang selama 12 tahun dengan sekelip mata menjadi musuh dan menghina saya.

    Lebih mengecewakan, Bella, 30, juga mendakwa bekas ibu mentuanya bertindak ‘menendang keluar’ dirinya daripada ‘group’ WhatsApp keluarga tanpa memberikan sebarang penjelasan.

    Kepada mak mertua saya, semasa kamu semua buang saya dari group WhatsApp keluarga begitu sahaja tanpa dengar penjelasan saya, bluetick saya, tanpa tanya khabar saya dan anak-anak, siap ‘unfollow’ saya.

    Selepas itu kamu boleh pula ‘follow’ perempuan yang sudah menjadi punca cucu kamu kehilangan bapa?

    Di manakah akal fikiran dan sifat keperimanusiaan kamu? Saya bersabar setiap hari. Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah posting general tapi rakyat Malaysia cukup bijak even mereka sendiri tahu itu semua untuk saya. Saya telan semuanya.

    Sehingga hari ini tiada kata maaf daripada anda sekeluarga, perli saya dengan membuat video-video sarkastik melalui media sosial tentang kereta dan sebagainya.

    Beri ruang dan masa

    Sehubungan dengan itu, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah meminta jasa baik keluarga Aliff untuk memberikan sedikit ruang dan masa buat dirinya dan anak-anak bagi merawat hati yang terluka.

    ALSO READ:  Tahniah! Filem ‘Rahsia’ Tembusi Pawagam Kemboja

    Tegas Bella, keputusan yang diambil tidak akan membuatkan kedua anaknya lupa akan bapa mereka dan dia juga masih tahu mengenai hukum hakam agama.

    Jadi, buat sementara waktu ni berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian. Bukan mudah untuk semuanya kembali seperti tiada apa-apa berlaku.

    ‘Last but not least’, saya merayu jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak anak untuk membesar dengan baik dan positif.

    Saya pernah gunakan anak-anak dulu pun bekas suami tetap tak balik rumah. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka.

    Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa, saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka. Saya cuma cakap buat masa ini. Insya-Allah, satu hari nanti pasti akan baik baik sahaja.

    Terdahulu, bekas ibu mentua kepada Bella yang juga merupakan ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memuat naik video pendakwah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan haram memisahkan anak daripada ibu atau bapa.

    Difahamkan, perkongsian itu dibuat selepas Bella memaklumkan dirinya masih memerlukan masa untuk membenarkan kedua anaknya, Adyen dan Adreanna untuk bertemu dengan keluarga bekas suaminya.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

    Walau bagaimanapun, kontroversi rumah tangga mereka mula tercetus apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

    Aliff dan Bella kemudiannya sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Kongsi Hadis Nabi Muhammad SAW – ‘Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami, Haram Masuk Syurga’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts