Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah nafi dirinya tidak membenarkan kedua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna untuk berjumpa keluarga bekas suami, Aliff Aziz. Sebaliknya, masih memerlukan masa yang sesuai.
Perlukan masa
Ketika ditemui , pemilik nama Dayang Ara Nabeela Awang Astillah ini berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia memilih untuk tidak membenarkan Ayden dan Adreanna berkomunikasi dengan keluarga bekas mentuanya buat masa ini.
Benda ini ambil masa, ada beberapa faktor yang saya tak boleh kongsikan ketika ini. Saya faham, rata-rata netizen juga dah penat nak dengar kisah kami.
Jadi saya ambil sebagai iktibar. Cuma untuk sekarang ini, kita nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing. la tak semudah ABC, banyak benda yang kita nak kena perhalusi terutama keluarga saya.
Apa yang ibu dan ayah saya rasa, sebenarnya pihak sana tahu dan saya tak boleh nak ungkapkan lebih lanjut. Benda ini makan masa, tapi Insya-Allah.
‘Slowly but surely’, cuma bukan waktu sekarang. Mungkin akan ambil lebih lama sikit untuk saya hadam apa-apa yang berlaku.
Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil pada petang Khamis.
Tak nak Ayden keliru
Tambah Bella, dia juga tidak mahu anak sulungnya, Ayden berasa keliru dengan situasi yang berlaku ketika ini.
Tunggu waktu yang sesuai, saya tak nak Ayden jadi keliru. Saya minta maaf sangat, mungkin ada yang fikir saya larang tetapi tidak, saya cuma tak nak pemikiran Ayden jadi keliru.
Saya boleh kongsikan sedikit lah, pernah masa hari raya hari itu, ada satu panggilan video bersama pihak sana, tapi bila pihak sana keluarkan kata-kata macam, ‘Eh kesiannya Ayden, tengok muka dia nampak stres dan risau. Mesti dia risaukan daddy dia’.
Sebenarnya tak pun, ayat-ayat itu yang membuatkan anak kita keliru. Semenjak kejadian video call itu, saya fikir lepas ini kena tapis la, tak boleh.
Terdahulu, bekas ibu mentua kepada Bella iaitu Siti Hafiza menyorot perhatian wargamaya apabila memuat naik gambar Adreanna sambil menitipkan ucapan hari jadi buat cucu tercintanya itu.
Menerusi hantaran itu juga, Hafiza juga meluahkan rasa rindu terhadap kedua cucunya selepas sudah sekian lama tidak berjumpa dengan mereka.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Walau bagaimanapun, kontroversi rumah tangga mereka mula tercetus apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Aliff dan Bella kemudiannya sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.