Pelakon dan model, Bella Dally memaklumkan kerjaya lakonan bukan lagi menjadi keutamaan utama.
Artikel berkaitan: Bella Dally, Lisa Surihani & Uyaina Arshad Sertai Larian ‘Fun Run’, Ariani Hulur Sumbangan RM30,000 Untuk Tabung Bencana
Artikel berkaitan: Percaya Pada Rezeki, Bella Dally Tak Rasa Tertekan Soal Zuriat
Perlahankan kerjaya seni
Menurut aktres kelahiran Sabah ini, dia mendedahkan keputusan memperlahan kerjaya seni merupakan pilihannya sendiri dan tidak pernah dihalang oleh suami.
Namun, sekiranya ditawarkan naskhah yang dirasakan menarik, dia tidak teragak-agak menerimanya.
Saya terpaksa lepaskan banyak tawaran demi keluarga. Bagaimanapun, saya tak pernah berundur diri daripada dunia lakonan.
Jika ada cerita atau watak menarik saya akan pertimbangkan.
Ini adalah keputusan saya, tiada kena mengena dengan suami. Saya sendiri lebih selesa memberikan keutamaan kepada keluarga.
Dalam pada itu, pemilik nama Nabila Ali Dally juga menafikan dakwaan bebas memilih naskhah kerana memiliki rumah produksi sendiri.
Kata Bella, tidak semua drama terbitan produksi milik kakak ipar wajib menyelitkan wajahnya.
Walaupun kami ada rumah produksi, tetapi tak bermakna saya kena berlakon dalam semua drama yang diterbitkan.
Selain itu, dia kini lebih selesa menjayakan kempen menerusi media sosial dan mencipta kandungan kerana waktu kerja yang lebih fleksible sekaligus dapat membahagikan masa antara kerja dan keluarga dengan lebih teratur.