Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bella Masih Sedih & Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Dia Cuba Menyesuaikan...

    ‘Bella Masih Sedih & Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Dia Cuba Menyesuaikan Diri’ – Puteri Sarah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Puteri Sarah akui rakan baiknya, Bella Astillah masih berada dalam fasa terkejut selain masih cuba menerima kenyataan perceraiannya dengan penyanyi, Aliff Aziz.

    Bella masih bersedih

    Ketika ditemui sidang media drama Polis Peronda terbitan Skop Productions di Sri Pentas, pada Khamis, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, Bella kini sedang menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.

    Masa kami berjumpa, Bella masih dalam fasa terkejut dan sedang menyesuaikan diri.

    Dia masih sedih dan tak boleh menerima kenyataan tetapi mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang sebab ini kali kedua dia bercerai. Paling sedih bila mengenangkan nasib anak-anak.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia juga ada memberi kata-kata semangat dan nasihat buat Bella atau nama nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah agar terus kuat demi anak-anak dan keluarga.

    Bersimpati dengan nasib yang menimpa Bella, Puteri Sarah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.

    Saya berbeza, sudah hilang rasa sedih sebab sudah lama ‘move on’. Saya katakan pada Bella, apapun berlaku, saya sentiasa ada di sisinya

    Tetapi saya nak dia tahu, saya sentiasa ada di sisi untuk menyokongnya. Sekiranya dia perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu saya,

    Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal membintangi sebuah drama bersiri kepolisan berjudul Polis Peronda bermula pada 28 Jun depan di siaran TV3 sempena ulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.

    Selain Puteri Sarah, drama terbitan Skop Productions itu turut menampilkan Shah Iskandar, Raja Afiq, Ramona Zam Zam, Soffwany Yusoff dan ramai lagi.

    ALSO READ:  Keluarga Nur Farah Kartini Gesa Individu Fitnah Arwah Hamil Anak Luar Nikah Buat Permohonan Maaf? – ‘Kami Terkesan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts