Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBelon Pecah, Dekorasi Tak Jadi Antara Cabaran Awal Hidayu Usahakan bythedeco

    Belon Pecah, Dekorasi Tak Jadi Antara Cabaran Awal Hidayu Usahakan bythedeco

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menjadi seorang perancang atau penghias majlis sememangnya bukan tugas yang mudah.

    Walaupun persiapan telah disediakan sesempurna yang mungkin, namun tetap tak dapat mengelak daripada perkara-perkara di luar kawalan berlaku seperti belon hiasan pecah, dekorasi tak menjadi seperti yang diinginkan dan macam-macam lagi.

    Inilah sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi Noorhidayu Kamardin, 33, seorang perancang dan penghias majlis juga pemilik bythedeco.

    Memulakan perniagaan di Pulau Pinang dan seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur, Hidayu menyediakan servis dekorasi untuk majlis-majlis istimewa seperti sambutan hari jadi, anniversary, proposal, aqiqah, surprise delivery, majlis makan malam syarikat dan banyak lagi.

    Kredit: Instagram _bythedeco

    Kredit: Instagram _bythedeco

    Kredit: Instagram _bythedeco

    Servis yang disediakan pula adalah berdasarkan tema, idea dan bajet mengikut permintaan pelanggan. Selain itu, beliau juga boleh menyediakan barang-barang majlis seperti khemah dan juga katering.

    Kredit: Instagram _bythedeco

    Pejam celik pejam celik, tahun ini merupakan tahun ke-5 bythedeco beroperasi dan yang lebih membanggakan apabila servisnya kini semakin mendapat tempat di hati ramai sehingga mempunyai pelanggan tetap tersendiri.

    Seperti perniagaan yang lain, Hidayu juga turut berkongsi antara cabaran dan pengalaman yang dihadapinya sepanjang mengusahakan bythedeco.

    Kredit: Instagram _bythedeco

    “Mula-mula nak buat dekorasi ni sangat mencabar kerana saya tiada skil yang betul. Jadi banyak yang tak jadi.

    “Pernah sekali, pelanggan request nak hot balloon bouquet, tapi bila waktu delivery, belon pecah. Nak ganti belon baru, kedai pun dah tutup, jadi terpaksalah refund balik duit customer”, kongsinya.

    Walaubagaimanapun semua ini adalah pengalaman yang sangat mahal dan berharga baginya dan beliau berharap supaya perniagaan ini akan lebih berkembang dan berjalan lancar sehingga suatu hari nanti beliau berjaya membuka kedai seterusnya mempunyai pekerja tersendiri.

    ALSO READ:  [VIDEO] Khairul Aming Tutup Kilang, Bawa 100 Staf Beli Persiapan Raya! Siap Bagi Bonus RM5,000?

    Buat yang berminat untuk mendapatkan servis party planner untuk sebarang majlis, sila layari Instagram _bythedeco.

    Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts