Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Belum Ada Rezeki Untuk Dapat Anak”- Heliza Helmi Reda Dengan Ketentuan Allah,...

    “Belum Ada Rezeki Untuk Dapat Anak”- Heliza Helmi Reda Dengan Ketentuan Allah, Belum Terfikir Mahu Ambil Anak Angkat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap pasangan berkahwin pasti bercita-cita untuk memiliki anak untuk menceriakan rumah tangga. Walau bagaimanapun, tidak semua yang dirancang berjalan lancar. Ada suami isteri yang lambat diberikan zuriat sebagai ujian dari-Nya.

    Namun, beriman kepada takdir adalah tuntutan asas yang merupakan rukun iman keenam iaitu beriman kepada qadak dan qadar. Qadak dan qadar adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    “Belum ada rezeki untuk mendapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik,” kata penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi.

    Berkenaan dengan hal anak, Heliza menyatakan perkara tersebut ketika ditanya sama ada dia menangguhkan hasrat untuk memiliki anak kerana kesibukan dengan kerjaya seni dan aktiviti kemanusiaan yang dijalankan.

    Menurut Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi, dia reda dengan ketentuan Allah SWT kerana masih belum dianugerahkan zuriat selepas dua tahun berumah tangga.

    “Kami tidak menangguhkan untuk mendapat anak, tetapi belum ada rezeki lagi.”

    “Jadi apabila kita masih belum mendapat anak, kita akan reda kerana Allah belum memberi dan hati kita juga menjadi lapang dan tenang apabila kita memahami konsep tersebut,” katanya.

    Berdasarkan laporan penuh berita online, ketika ditanya mengenai anak angkat, pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9 ini menyatakan bahawa dia dan suaminya belum ada perancangan ke arah itu lagi.

    Pada masa yang sama, Heliza juga bekerja sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyelamatkan kucing terbiar di jalanan.

    “Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW juga menyayangi kucing. Oleh itu, ketika saya berada di Makkah dan Madinah, iaitu di tempat yang dekat dengan baginda, kami mencari kucing terbiar dan membawanya ke pusat rawatan,” katanya.

    Mengenai suaminya, Heliza mengatakan bahawa dia bersyukur kerana dianugerahkan pasangan yang sangat memahami kesibukannya.

    ALSO READ:  Selamat Tinggal Kotoran Degil, Kulat & Bakteria! Corvan Spot Cleaner S7 Buat Kerja Bersih Macam Pro!

    “Suami memahami kerjaya yang saya ceburi dan saya percaya Allah SWT mengetahui jodoh kita dan kerana kerja dakwah bukanlah perkara yang mudah.

    “Suami juga sangat menyokong dan membantu saya dalam aktiviti yang saya lakukan,” katanya yang juga mengisi masa terluang dengan aktiviti menunggang kuda dan memanah.

    Untuk catatan, Heliza telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pada 1 Januari 2022.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts