Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBelum Mahu Bersara, M.Nasir Teruja Hasilkan Karya Seni – ‘Itu Nikmat Yang...

    Belum Mahu Bersara, M.Nasir Teruja Hasilkan Karya Seni – ‘Itu Nikmat Yang Orang Lain Tak Dapat, Susah Untuk Berhenti’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mnasirmnasir

    Maestro muzik negara, Datuk M. Nasir mendedahkan dia masih mahu meneruskan karyanya di dalam industri seni tempatan.

    Belum mahu bersara

    mnasirmnasir

    Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed menyatakan bahawa, dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk mengakhiri kariernya meskipun sudah berkecimpung di dalam industri hiburan selama 45 tahun.

    Bagi pelantun lagu Suatu Masa ini, minat dan keterujaan yang mendalam dalam penciptaan lagu merupakan salah satu sebab mengapa dia tidak memilih untuk menoktahkan perjalanan seninya.

    Selagi saya rasa saya boleh lagi berkarya dan pada saya itu adalah satu pekerjaan. Bila bersara, rasa susah untuk hidup. Saya risau juga.

    Tapi saya suka dengan bidang ini, bidang mencipta lagu..kita cipta dan orang suka. Itu nikmat yang orang lain tak dapat.

    Jadi apabila ditanya bila saya akan berhenti, agak susah untuk saya jawab. Apabila saya sudah dapat nikmat itu, saya jadi susah untuk berhenti.

    M.Nasir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Datuk M.N45ir Cipta anjuran Icon Entertainment yang diadakan di Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Sementara itu, penyanyi berusia 67 tahun tersebut berkata, dia perlu menyesuaikan diri dalam mempertaruhkan seninya sebaris dengan bakat-bakat baru.

    Sekarang kalau saya pergi ke pertandingan, saya sudah menjadi seorang yang paling tua sekali.

    Tapi muzik yang saya buat itu ikut selera orang muda. Sebab itu saya ada sedikit rasa macam mana untuk saya sesuaikan diri.

    Dalam perkembangan lain, M.Nasir bakal mengadakan konsert pada 10 Ogos ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert anjuran Icon Entertainment itu akan memulakan penjualan tiket bermula 27 Mei ini di www.ticket.com.my.

    ALSO READ:  Percutian Luar Negara: Senang, Menarik, dan Berbaloi, Inilah 10 Destinasi Percutian Luar Negara Yang Patut Anda Lawati Sepanjang Tahun Ini

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts