Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBen Ali Minta Henti Sebar Kebencian, Sifatkan Tak Adil Libat Negara Dengan...

    Ben Ali Minta Henti Sebar Kebencian, Sifatkan Tak Adil Libat Negara Dengan Kontroversi – ‘Individu Bermasalah Pasti Akan Ada’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selebriti dan usahawan, Ben Ali merasakan tidak adil untuk melibatkan soal negara dalam kontroversi atau gosip yang timbul.

    Artikel berkaitan: Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang, Sanggup Bagi Ganjaran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa

    Artikel berkaitan: Nafi Sudah Jutawan, Nadiyah Shahab & Ben Ali Pilih Hidup Sederhana – ‘Hakikatnya Gaji Kami Sendiri Tak Lebih RM5,000’

    Tak perlu libatkan negara

    Menerusi hantaran di Instagram, Ben menjelaskan bahawa setiap masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi tanpa mengaitkan mana-mana negara.

    Menurutnya, dia mengenali ramai warga Singapura yang mempunyai sikap baik begitu juga dengan rakyat Malaysia.

    Saya kenal ramai orang Malaysia dan juga Singapura. Adalah tidak adil jika apabila timbul sesuatu isu, negara dibabitkan. Gosip atau masalah sering akan berlaku baik dikedua-dua belah negara.

    Masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi dan adalah tidak adil untuk mengaitkan negara masing-masing.

    Dikedua-dua belah negara sememangnya akan ada individu-individu yang bermasalah. Tetapi dikedua-dua belah negara juga ada ramai lagi yang tidak bermasalah dan mempunyai nilai diri yang tinggi dan dihormati.

    Saya sendiri mengenali ramai warga Singapura yang amat baik hati. Saling bantu membantu. Sering menyokong kami dalam apa juga yang kami lakukan. Begitu juga orang Malaysia.

    Berhenti sebar kebencian

    Dalam pada itu, suami kepada pelakon Nadiyah Shahab juga berpesan agar saling hormat menghormati dan memohon semua pihak untuk berhenti menyebarkan kebencian antara kedua-dua buah negara.

    Ini rumah kita. Kita alu-alukan mereka. Mereka juga amatlah mengalu-alukan kita. Kita perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    Pucuk pangkalnya kita sama. Kita serumpun. Asal dari keturunan yang sama. Malah suatu ketika dahulu kita juga satu negara.

    Sebarkan kebaikan dan berhenti sebar kebencian. Tiada guna kita berbalah melibatkan dua negara. Banyak lagi masalah negara kita yang sendiri perlu jaga dan selesaikan. Marilah kita fokus dalam memajukan negara kita.

    ALSO READ:  Wanita Terkejut ‘Personal Shopper’ Beri Respon Sombong Ketika Tanya Harga Beg Tangan – ‘Silap-Silap You Tak Beli Pun’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts