Pelakon Ben Amir mengakui bahawa dia selesa menjalani kehidupan bujang tanpa perlu memikirkan soal kahwin pada waktu ini.
Mahu jadi pelakon aksi
Menerusi temu bual bersama Ben memberitahu dia mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap karier seni selain mahu bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon aksi selepas membintangi filem arahan Dato Awie iaitu Rebel: Berontak Untuk Berotak.
Saya dalam fasa seronok nak bekerja. Selepas tengok lakonan saya dalam filem Rebel terus membuatkan saya nak kerja keras lagi untuk jadi pelakon aksi.
Jadi saya tak terfikir pun soal nak kahwin atau apa. Saya gembira hidup single. Nak dapatkan kebahagiaan ini, pertama sekali ada pada diri sendiri. Sebab itu saya tak kisah pergi melancong seorang diri.
Berbicara mengenai topik melancong, sempat bertanya kepada Ben mengenai pengalamannya bercuti secara solo.
Saya ada pergi ke beberapa buah negara seperti Vietnam dan Kemboja. Korang kena pergi travel secara solo. Pergi Vietnam dan belajar hidup sendiri, sesat seorang diri. Bagi saya, itu merupakan momen dan pengalaman yang boleh diceritakan kepada anak-anak suatu hari nanti.
Ada juga kenangan pahit, seperti kena samun. Masa itu saya di Cambodia. Saya salah bual masa itu. Mujur tak ada apa yang berlaku.
Di akhir temu bual, Ohbulan! meminta Ben untuk mengulas mengenai dakwaan dia ditaja oleh seseorang apabila kerap pergi melancong sejak kebelakangan ini.
Ujar Ben secara ringkas, dia menggunakan wang simpanan sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana individu.
Saya guna duit saya sendiri. Hasil titik peluh saya kerja.