Sebelum ini pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa berang apabila ada individu biadap telah menghina anak perempuannya, Aisyah Dhia Rana yang dikatakan berpakaian seperti seorang pelacur.
Buat Laporan Polis
Susulan itu, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara atas tindakan individu tersebut.
Meskipun akaun media sosial individu tersebut sudah dipadamkan, namun dipahamkan bahawa Che Ta tidak akan melepaskan serta mahu mengheret pelaku tersebut ke muka pengadilan.
Siapa yang mengata dan kurang ajar dengan anak aku tu hang tunggu. Baik benam diri dalam tanah.
Hang main tahi dengan aku, hang kena! Akaun hilang tak ada masalah, aku cari sampai lubang cacing.
Tulis Che Ta, dia akan berusaha mencari pelaku tersebut sehingga ke lubang cacing walaupun akaunnya sudah dipadamkan.
Bukan itu sahaja, Che Ta turut hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas membuat laporan polis.
Netizen Nasihat Che Ta
Tindakan Che Ta tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dan warga netizen.
Ada sesetengah yang memuji dengan tindakan pantas dan ‘protective’ Che Ta yang dikatakan bagus sebagai pengajaran kepada si pelaku supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kata-kata yang tidak baik di media sosial.
Tetapi ada juga segelintir yang kurang bersetuju dan meminta Che Ta untuk mendidik anaknya itu supaya berpakaian lebih sopan dan tidak menjolok mata kerana anaknya itu seorang perempuan.