Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBenjolan Kelenjar Di Leher Firman Biasa Sahaja, Tidak Bahaya – ‘Kalau Nak...

    Benjolan Kelenjar Di Leher Firman Biasa Sahaja, Tidak Bahaya – ‘Kalau Nak Buat Pembedahan Kena Rehat Tiga Bulan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tiada angin tiada ribut, diberitahu bahawa penyanyi Indonesia iaitu Firman Siagian mempunyai ketumbuhan kelenjar pada bahagian leher di sebelah kanan sejak tiga tahun lalu.

    Tidak bahaya

    Menerusi temu bual bersama pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Razman Razmi, mereka berkata, Firman masih mempertimbangkan sama ada mahu membuang ketumbuhan tersebut ataupun tidak. Ujar Razman, meskipun tidak berbahaya, Firman, dinasihatkan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

    Setakat ini saya tahu jadual dia sangat padat sehingga tahun depan. Jadi berat untuk membuat keputusan tersebut. Apatah lagi proses pemulihan selepas pembedahan mengambil masa selama tiga bulan.

    Dia bagitahu saya baru-baru ini, ada sedikit benjolan pada bahagian tengkuk kanan. Dia juga sudah buat pemeriksaan doktor dan ia cuma kelenjar biasa. Kelenjar ini boleh dibuang melalui pembedahan tapi kena rehat tiga bulan.

    Firman bagitahu dia tak sanggup nak berehat selama tiga bulan mengenangkan kerja-kerja saya yang banyak. Tambahan pula dia ada kontrak sehingga awal tahun 2025.

    Razman ditemui selepas selesai membawa Firman sempena Karnival Segalanya Felda, baru-baru ini, turut berkata, masalah kesihatan yang dihadapi oleh penyanyi itu berpunca daripada gaya hidup yang tidak teratur dan corak pemakanan kurang sihat.

    Firman kata ia tidak bahaya, dan bukannya barah tapi penyebabnya daripada gaya hidupnya. Pola tidur tak teratur, selalu tidur lambat dan tak jaga makan. Cuma doktor risau kalau kelenjar dia boleh berubah menjadi kanser apabila ia tidak dirawat.

    Berbicara lebih lanjut, Razman mengakui bahawa sahabat baiknya itu berasa kurang keyakinan diri untuk berdepan orang ramai tatkala menyedari kewujudan kelenjar tersebut.

    Dia bagitahu juga yang tiada rasa sakit, tapi benjolan itu mengurangkan keyakinan dirinya. Dia tak selesa bila orang lain nampak benda itu. Mungkin habis dari kontrak awal tahun 2025 nanti baru dia buat pembedahan.

    ALSO READ:  “Ingat Ya, Tak Senang Kahwin Dengan Suami Orang”- Zarina Zainuddin Beri Pesanan Sebagai Isteri Kedua

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts