Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerang Disoal Bila Rumah Tangga Mahu Bercerai, Wawa Zainal Halau Netizen Mulut...

    Berang Disoal Bila Rumah Tangga Mahu Bercerai, Wawa Zainal Halau Netizen Mulut Puaka Keluar ‘Live’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kes penceraian melibatkan artis atau selebriti menjadi bahan perbualan hangat dan tumpuan ramai sejak baru-baru ini.

    Hakikatnya, peningkatan kes perceraian di negara ini tidak kira golongan mana pun bermula dari masalah kecil sehingga kecurangan.

    Namun, bukan mudah untuk menuntut cerai walaupun dibenarkan dalam Islam dengan sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, mengumumkan perceraian juga memerlukan adab yang perlu dijaga.

    Ini kerana sekiranya seseorang itu mahu menghebahkan berita penceraian dengan tujuan membongkar aib, hukumnya jelas adalah haram.

    Berkaitan dengan ini, selepas marah ditanya bila mahu bercerai, pelakon cantik Wawa Zainal mengambil pendekatan menghalau seorang pengguna media sosial yang bertanyakan soalan itu supaya keluar daripada siaran langsung melalui TikTok.

    Malah, pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai manusia yang tidak berhati perut dan bermulut jahat.

    “Ya Allah, jahatnya mulut awak. Awak tidak layak berada dalam siaran langsung ini. Sila keluar okey. Sebelum bertanya soalan, fikir dahulu jangan main tulis sahaja apa yang awak rasa,” kata isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu.

    Selepas siaran langsung itu, video tentang pertanyaan wanita itu dikongsi semula oleh pengguna akaun TikTok lain semalam, sekali gus mengundang respons peminat yang turut mengeji tindakan biadab tersebut.

    Dalam klip tersebut, jelas kelihatan riak wajah Aeril terkejut dan kesal dengan soalan kurang cerdik yang diajukan oleh individu tersebut.

    “Cuba bayangkan orang tanya soalan ini kepada emak awak (Mira), apa yang awak rasa, lagipun kalau mereka bercerai, Ariel tak kempunan mahu masuk meminang awak,” komen seorang peminat.

    Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini teman seperjuangan iaitu Izzue Islam dan isterinya juga pernah diajukan soalan yang hampir sama, barangkali mahu menyakitkan hati pasangan tersebut.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts