Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerani Tinggalkan Kerjaya Pensyarah, Ema Malini Capai Impian Menjadi Baker

    Berani Tinggalkan Kerjaya Pensyarah, Ema Malini Capai Impian Menjadi Baker

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah bergelar pensyarah universiti tempatan dan berkelulusan Ijazah Sarjana (Master) Seni, Ema Malini Amat, 45 tahun nekad untuk meninggalkan profesionnya demi minat yang mendalam dalam bidang pembuatan dan dekorasi kek.

    Bermula dengan sebuah oven Butterfly

    Berbekalkan modal RM500, pemilik Kleverkek ini mula berjinak-jinak dalam bidang bakeri dengan membeli peralatan seperti oven dan merujuk blog-blog masakan seperti Azlita Masam Manis, Mat Gebu, Rozan, Citarasawan, Azie kitchen, Bisuosatoi dan banyak lagi. 

    Jelas Ema, selain minat yang mendalam, hasil seni pembuatan kek di Korea yang sangat halus dan terperinci dalam penghasilan buanga-bunga krim juga menjadi inspirasinya untuk memulakan perniagaan ini. 

    Setelah 3 tahun belajar sendiri, beliau akhirnya memberanikan diri untuk mencuba menjual kek di kalangan rakan dan jiran terdekat.

    Benarlah pepatah yang mengatakan usaha tidak mengkhianati hasil, maklumbalas yang diterima kebanyakannya positif membuatkan beliau semakin bersemangat untuk berusaha mencari kelainan dari segi rasa dan dekorasi kek. 

    “Berbekalkan bakat seni yang saya ada, saya lebih tertumpu kepada kek-kek yang berunsurkan lukisan flora berkonsep rustik. Bahan-bahan yang biasanya saya gunakan untuk mendekorasi kek adalah cream cheese dan bean cream.

    Manakala teknik yang biasa saya gunakan pada rekaan kek saya ialah ‘palette knife painting’, sculptured cream dan bean cream flower piping. Kek yang paling laris dalam jualan kami ialah carrot cheesecake”, katanya. 

    Terkesan dengan harga bahan bakeri

    Bila berbicara tentang cabaran dalam perniagaan, Ema Malini tidak terkecuali.

    Menurutnya, harga bahan bakeri yang sangat mahal menyukarkannya untuk menentukan harga produknya. Bimbang dikatakan overpriced. Namun, berkat bakat seni yang dikurniakan, beliau mampu menghasilkan hiasan dan dekorasi kek yang sangat kreatif dan tak dapat ditiru oleh orang lain menjadikan harga yang diletak berbaloi bukan sahaja dengan rasa kek, malah dengan hasil seni yang dihasilkan.

    ALSO READ:  [VIRAL VIDEO] Siti Nurhaliza Greets Mak Salmah While Offering Shopping Money, Earns Praise and Reminisce from Netizens

    Ini menjadikan keknya unik dan tidak sama dengan rekaan kek yang ada di luar sana kerana setiap seni kek yang dihasilkan adalah berbeza, datang dari ilham dan buah fikiran yang sangat spontan.

    Harapannya supaya seni yang dihasilkan pada kek-kek beliau boleh pergi lebih jauh dan perniagaannya lebih dikenali ramai kerana beliau percaya bahawa dengan hasil air tangannya, pelanggan bukan hanya boleh makan kek yang sedap, malah kek tersebut juga unik, tersendiri dan cantik dipandang mata.

    “Saya mungkin tiada pencapaian yang hebat setakat ini, tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah, apa yang boleh saya banggakan ialah rata-rata pelanggan mengatakan kek-kek yang kami hasilkan jauh lebih enak, lebih berkualiti berbanding sebuah nama besar yang mendominasi bidang bakeri di Malaysia,” tambahnya. 

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan kek yang lazat, unik dan semestinya menarik, sila layari TikTok atau Instagram Kleverkek.

    Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts