Penantian peminat CNBLUE di Malaysia selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan konsert menjadi kenyataan, apabila kumpulan tersebut berjaya memberikan persembahan yang memuaskan di Kuala Lumpur Malaysia.
Baru-baru ini, berlangsungnya konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama, meraih perhatian ramai apabila seramai 5,000 peminat yang hadir bagi mengubat rindu mereka untuk menyaksikan CNBLUE kembali beraksi secara langsung.
CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.
Mereka membawakan sebanyak 24 buah lagu termasuk lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Opening:
1. INTRO + I’m a Loner
2. LOVE
3. Intuition
4. Hey You
(1) Segment
5. Imagine (Short Version)
6. Love Light (Short Version)
7. You’re so fine
(2) Segment
8. INTRO + Love (Cut)
9. INTRO + 99%
10. Lady
11. Coffee Shop
(3) Segment
12. Time Capsule
13. SE(VHS) + Winter Again
14. Till Then
15. Hide and Seek
16. Cinderella
(4) Segment
17. INTRO + In My Head
18. I’m Sorry
19. Intro + RADIO
20. Between Us
Encore:
(5) Segment
21. Young Forever
(6) Segment
22. Can’t Stop
(7) Segment
23. INTRO + Then, Now and Forever + OUTRO
24. Love Girl
CNBLUE memberikan persembahan yang bertenaga sehingga konsert yang berlangsung selama 3 jam 30 minit itu tidak terasa lama. Vokalis utama iaitu Yonghwa membuat perjanjian bersama peminatnya untuk mengadakan lagi konsert di Malaysia pada masa akan datang dan mereka berkemungkinan menyiapkan beberapa buah lagu terbaru sebagai hadiah buat peminat yang setia bersama mereka selama ini.
Banyak perkataan melayu yang dipelajari kumpulan kpop tersebut ketika konsert berlangsung seperti “Janji”, “Mantap Giler”, “Saya Suka Awak” dan macam-macam lagi. Tambahan pula, Yonghwa sempat mengajarkan kepada peminatnya untuk menyebut cinta menggunakan dialek Korea yang berbeza.
View this post on Instagram
Peminat yang hadir ketika konsert tersebut, memberikan rasa puas dan mengatakan bahawa tiket yang dibeli mereka sangat berbaloi dengan persembahan yang bertenaga yang diberikan kumpulan kpop tersebut. Apa-apa pun, semoga CNBLUE memilih Malaysia lagi untuk mengadakan konsert mereka pada masa akan datang.
Apa kata anda?