Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerbekalkan Bakat Suara Yang Ada, Aiman Coco Mencuba Nasib Dalam Bidang Nyanyian

    Berbekalkan Bakat Suara Yang Ada, Aiman Coco Mencuba Nasib Dalam Bidang Nyanyian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bermula dengan program realiti di media sosial “SUPERLAKI”, pendatang baru AIMAN COCO telah melangkah kan kaki beliau setapak lagi ke hadapan di dalam bidang nyanyian.

    Bidang Yang Diminati Sejak Kecil

    Bidang nyanyian merupakan bidang yang di minatinya sejak dari kecil lagi. Sangat meminati penyanyi dari seberang iaitu CHARLIE ST12, Aiman Coco cuba mempertaruhkan lagu berentak balada untuk Single Pertamanya bertajuk “SILAM”.

    Aiman telah mula berjinak-jinak dalam industri suara semenjak di bangku sekolah lagi. Bukan hanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah Aiman sangat berkebolehan dalam bidang Qasidah dan seringkali mendapat gelaran juara dalam mana-mana pertandingan yang di masukinya.

    IKLAN

    Beliau seorang yang agak pendiam, pemalu dan sangat ringan tulang, tapi seorang yang sangat mesra jika seseoarng telah mula mengenali beliau.

    Ditawarkan Oleh Label

    via Sony Music

    Aiman Coco yang pernah mempunyai single Raya bertajuk “RAYA 4 SUARA” pada tahun ini (2023) bersama tiga orang lagi rakan artis di bawah label muzik yang sama iaitu RR ENTERTAINMENT.

    Dengan pembabitannya dalam lagu telah menyebabkan pihak RR ENTERTAINMENT menawarkan beliau untuk menghasilkan lagu “ SILAM”.

    Bercerita pula tentang pengalaman Aiman menghasilkan single barunya, lagu ini bukanlah pengalaman atau cerita peribadinya.

    Dia yang mula-mula mendengar lagu tersebut terus jatuh cinta sangat dan terus setuju untuk menyanyikan lagu SILAM.

    Peluang Yang Dinanti Nantikan

    Malah katanya, perkara tersebut merupakan peluang yang dinanti-nantikan dan mengharapakna dapat menyampaikan dengan baik.

    Lagu“SILAM”, dihasilkan oleh RR Entertainment, gubahan daripada HerdaSyira dan penulisnya pula adalah juga dari HerdaSyira.

    Lagu ‘SILAM’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    ALSO READ:  Kanak-Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Dirogol Empat Kali Oleh Kekasih Di Hutan Cheras

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts