Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBercuti Ke Negara Sejuk Muka Jadi Kering, Guna 5 Krim Pelembap Ini

    Bercuti Ke Negara Sejuk Muka Jadi Kering, Guna 5 Krim Pelembap Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kita yang berada di negara khatulistiwa, sesekali bercuti ke negara empat musim memang seronok. Lagi pula ketika musim sejuk, nikmatnya tak terkata. Tapi percutian musim sejuk ada juga yang buruk. Kulit boleh jadi kering sehingga kemerahan, menggelupas dan merekah.

    Oleh itu, jangan sesekali tinggalkan rutin pelembap. Dalam bangunan atau luar bangunan, siang dan malam, pakai pelembap supaya kulit kekal hidrasi dan terlindung.

    Kalau kamu nak cari krim pelembap yang memberi kelembapan berpanjangan, buat kulit kamu kelihatan dewy, segar, dan berseri-seri, di bawah antara yang the best.

    Isntree Hyaluronic Acid Aqua Gel Cream

    Foto – Zalora

    Krim lembapan ini sesuai untuk kulit kusam, kering dan penuaan yang terdesak untuk mendapatkan suntikan kelembapan. Tekstur gel menembusi kulit tanpa meninggalkan rasa melekit, menghasilkan kulit yang lembap dan segar berkhasiat sepenuhnya.

    Cosrx Advanced Snail 92 All In One Cream

    Foto – Althea

    Krim siput kelahiran Cosrx ini dianggap sebagai salah satu pelembap Korea terbaik untuk digunakan pada musim sejuk. Ia adalah pelembap yang diperkaya dengan lendir siput untuk menyuburkan dan melembapkan tanpa berminyak. Ia juga menenangkan kulit merah dan sensitif dengan menambah air dan membina penghalang lembapan untuk penghidratan yang berpanjangan.

    Dr. Jart Ceramidin Cream

    Foto – Dr. Jart

    Krim ini mengandungi 5-Cera Complex untuk menguatkan penghalang kulit dan melindungi daripada kehilangan air dan kelembapan. Krim ini terbaik untuk merawat kekeringan, kegatalan, kekasaran dan ketidakselesaan pada musim sejuk.

    Dear Klairs Rich Moist Soothing Cream

    Foto – Lazada

    Rich Moist Soothing Cream tidak terkecuali berfungsi dengan baik pada musim sejuk. Ia mengembalikan keseimbangan penghidratan untuk membentuk menstabilkan kulit dan menurunkan suhu untuk mengurangkan kemerahan.

    Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

    Foto – Watsons

    Pakar dermatologi mengakui keberkesanan produk ini dalam memberi kelembapan pada kulit. Ia mengandungi gliserin dan hyaluronic acid, yang kedua-duanya humektan, jadi produk ini menghidratkan kulit, menyokong penghalang kulit dan membantu mengunci kelembapan juga.

    ALSO READ:  Tak Mahu Anak Benci Semua Lelaki, Anak Perempuan Shu Dan Hafidz Roshdi Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

    Ingat, jangan sesekali tinggalkan rutin pelembap okay.!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts