Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerjaya Didik Anak Lelaki Peroleh Gred 3.99 Seorang Diri, Rita Rudaini Dinobatkan...

    Berjaya Didik Anak Lelaki Peroleh Gred 3.99 Seorang Diri, Rita Rudaini Dinobatkan Sebagai Ibu Ikon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon terkenal, Rita Rudaini, 48, menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon dalam acara gilang-gemilang, Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

    Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

    Acara tersebut dianjurkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

    Pengiktirafan ini dianggap sebagai simbol penghargaan terhadap perjuangan golongan wanita, terutamanya ibu tunggal, yang berjaya mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu serta kerjaya yang cemerlang.

    Rita, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diterima.

    “Alhamdulillah, terima kasih kepada penganjur di atas pengiktirafan ini. Saya difahamkan, pemilihan dibuat berdasarkan penilaian terhadap peranan saya sebagai ibu tunggal yang cekal dan berdedikasi dalam mendidik anak-anak hingga berjaya,” katanya ketika ditemui.

    Bagi Rita, anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan buat dirinya, tetapi juga untuk semua wanita yang bergelar ibu di luar sana. Beliau berharap pengiktirafan tersebut dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu agar tidak pernah mengalah dalam mendidik dan memberikan yang terbaik buat anak-anak. “Bagi saya, semua ibu adalah ikon kepada anak-anak mereka.

    Mungkin kisah hidup saya yang sering mendapat liputan media selama hampir 15 tahun membesarkan anak seorang diri, akhirnya memberi inspirasi kepada wanita-wanita yang senasib dengan saya,” tambahnya.

    Pencalonan Rita untuk anugerah ini dibuat oleh ahli jawatankuasa penganjur sebelum dibentangkan kepada pihak kementerian.

    Rita mengakui, walaupun gembira, perasaan terharu turut menyelubunginya apabila dimaklumkan mengenai pencalonan tersebut.

    Hasil daripada perkahwinan terdahulu, Rita dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13. Beliau turut berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak sulungnya, Rayyan, yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar.

    ALSO READ:  “Sering Belajar Minat Penonton”- iQiyi Malaysia Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2025 di iQiyi International: 2025 Grand Reveal !

    Selain itu, Rayyan juga pernah menerima Anugerah Pengetua atas kecemerlangannya dalam bidang akademik serta penglibatan aktif dalam sukan dan kokurikulum.

    Dengan penerimaan anugerah ini, Rita Rudaini terus menjadi inspirasi kepada ibu-ibu tunggal di luar sana, membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, kejayaan dalam mendidik anak-anak serta membina kerjaya tetap dapat dicapai dengan tekad dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts