Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerjaya Dirakamkan Dalam Masa 2 Jam Sahaja, Indah Ruhaila Ajak Penonton Saksikan...

    Berjaya Dirakamkan Dalam Masa 2 Jam Sahaja, Indah Ruhaila Ajak Penonton Saksikan Transformasi Menerusi ‘Indah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa sangka perjalanan seni penyanyi cantik bersuara lunak ini sudah pun menjangkau 15 tahun lamanya.

    Menghadiahkan Single Terbaru

    Terbaharu, berbekalkan semangat dan cintanya terhadap bidang nyanyian, Indah Ruhaila kembali menghadiahkan single terbaharu.

    Single yang dinanti-nantikan peminatnya berjudul ‘INDAH’ hasil ciptaan komposer terkenal tanah air, Firdaus Rahmat, manakala diterbitkan oleh label hiburan paling berpengaruh di rantau ini, Rocketfuel Entertainment.

    Bagi Indah, dia masih lagi giat memperjuangkan bakat yang dikurniakan Tuhan dan masih lagi aktif menerima undangan nyanyian di sana-sini.

    Dengan kelahiran single terbaharu ini dan yang pertama seumpamanya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, dia berasa terharu berbaur gembira kerana sudah lama tidak muncul dengan mana-mana lagu baharu.

    Buah Fikiran Sendiri

    via RocketFull

    Single INDAH merupakan buah fikiran Indah sendiri yang mahukan kelainan dalam komposisi melodinya, dan seakan transformasi bagi dirinya yang merupakan penyanyi berpengalaman dan lebih matang dalam berkarya.

    Tambah Indah, jalan cerita lagu ini datang darinya setelah berbincang dengan komposer, Firdaus Rahmat.

    Hasilnya sebuah karya yang lain dari lain dan kedengaran sedikit ‘fresh’ dan lebih kepada ‘feel’ masa kini.

    Kemampuan Seorang Wanita

    via RocketFull

    Ia turut menceritakan tentang kemampuan seorang wanita yang pasti beroleh kebahagiaan jika mereka mencintai diri sendiri dahulu.

    Single INDAH berjaya dirakamkan dalam masa 2 jam sahaja di Studio World Peace dan boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube
    Rocketfuel Network

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts