Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerkahwin Atas Dasar Amanah, Dapatkah Nuh & Nayla Temui Kebahagiaan?

    Berkahwin Atas Dasar Amanah, Dapatkah Nuh & Nayla Temui Kebahagiaan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas kehilangan keluarga dan terjerat dalam perkahwinan, Nuh dan Nayla menjalani hidup yang penuh liku dan cabaran, namun dipertemukan oleh takdir dalam keadaan yang tidak diduga.

    Artikel berkaitan: I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketujuh Lebih Mencabar & Kelirukan Penonton?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena, Keluarga India Turut Terjebak Menonton – ‘Tidak Kira Apa Bangsa Ya’

    Nuh & Nayla disatukan atas dasar amanah

    Drama Nuh & Nayla yang diinspirasi dari sebuah novel mengisahkan tentang Nuh (lakonan Jazmy Juma) yang telah kehilangan kedua orang tuanya dan memilih untuk tinggal bersama datuknya, Tuan Ibrahim (Hilal Azman). Nuh dibesarkan dan dilatih oleh datuknya untuk menjadi penerus legasi perniagaan sehingga dia sanggup mengorbankan impiannya.

    Nuh yang mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat Jiha (Ezzanie Jasny) bekerja, dia berkenalan dengan Jiha sehingga membuatkan Jiha jatuh cinta dan bertekad untuk menambat hatinya dengan cara kotor. Jiha kemudian berjaya memiliki Nuh, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian apabila Nuh menyedari bahawa dia sebenarnya dijadikan kambing hitam untuk menutup kesilapan yang Jiha lakukan tanpa pengetahuannya.

    Selepas perceraian, Nuh mendapat berita bahawa Jiha menghidap penyakit kanser hati dan tiada harapan untuk sembuh. Nuh mula merasa simpati dan menyesal atas khilafnya terhadap Jiha semasa mereka masih bergelar suami isteri dahulu. Jiha yang memikirkan jangka hayatnya tidak lama, meminta Nuh untuk menikahi adik angkatnya iaitu Nayla (Scha Elinnea) untuk bersama-sama membesarkan anaknya, Addin.

    Nuh dan Nayla akhirnya berkahwin atas dasar amanah yang diberikan. Selepas beberapa bulan, Addin meninggal dunia akibat masalah jantung. Ekoran dari itu, Nayla menganggap tiada lagi alasan untuk mereka meneruskan perkahwinan. Nayla terus menuntut perceraian namun Nuh menolak atas alasan bimbang akan mengulangi kesilapan yang lalu. Oleh sebab itu, Nayla meminta izin untuk keluar dari rumah dan berjanji akan kembali semula bagi menyelesaikan hal antara mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Pesanan Farid Kamil Buat Anak-Anak, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    Selain Scha Elinnea, Jazmy Juma, Ezzanie Jasny dan Hilal Azman, Nuh & Nayla menampilkan barisan pelakon hebat dan berbakat lain antaranya, Arfie Shah, Yusof Hashim, Zila Bakarin, Puteri Khareeza, Lisdawati dan ramai lagi. 

    Adakah Nuh dan Nayla akan menemukan kebahagian? Saksikan kisah yang penuh dengan emosi dan pengorbanan ini dalam drama Nuh & Nayla menerusi slot Akasia bermula 1 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts