Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBerkepul-Kepul Asap & Siap Bunga Bergerak Lagi, Zaimi Zulkafli Cipta Baju Khas...

    Berkepul-Kepul Asap & Siap Bunga Bergerak Lagi, Zaimi Zulkafli Cipta Baju Khas Untuk Aina Abdul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur





    A Night With Aina Abdul 3.0

    Konsert A Night With Aina Abdul 3.0

    Aina Abdul baru sahaja mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Selain menampilkan semua lagunya dengan penuh tenaga, penampilannya juga mengagumkan ramai yang hadir pada malam itu. Penyanyi yang terkenal dengan gaya fesyen luar biasa sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan pilihan pakaian yang “extra”. Paling menarik perhatian adalah pakaian Aina yang mengeluarkan asap dan bunga yang bergerak.

    Khas untuk Aina Abdul, penampilannya dalam gaun kepulan asap dan bunga bergerak itu dihasilkan oleh pereka Zaimi Zulkafli. Pilihan warna gaun tersebut diinspirasikan oleh embun pagi, yang menampilkan bayangan tona dari gelap ke terang.

    Berbeza dari penampilan Aina sebelum ini, gaun biru Zaimi Zulkafli ini diperincikan dengan teknik ‘mini fogging’ hasil kerjasama dengan Aiszzy Electronics. Teknik ini mengeluarkan kepulan asap dari sisi lengan yang diperincikan dengan hiasan jemeki dan kristal. Zaimi Zulkafli juga menambahkan perincian bunga-bungaan bergerak dengan teknologi kinetik dari signature rumah fesyennya.

    Tidak hanya itu, pereka tersebut juga menggunakan silhouette korset pada Aina Abdul untuk membuat penampilannya lebih rapi, manakala leretan organza yang dijahit tangan menjadi gaya penyanyi ini lebih dramatik dan bebas.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts