Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBermula Dengan Sukan Pushbike, Mikayla Kini Bergelar Pelakon Cilik

    Bermula Dengan Sukan Pushbike, Mikayla Kini Bergelar Pelakon Cilik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bermula dengan sukan pushbike akhirnya menjadikan kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla kini bergelar pelakon cilik.

    Mikayla kini bergelar pelakon cilik

    Pelakon drama Budak-Budak Pushbike

    Penglibatan dalam sukan pushbike seakan membuka peluang besar buat Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama dalam drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang akan ditayangkan di TV1.

    Menurut ayah Mikayla iaitu Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.

    Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya. mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat.

    Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan.

    Drama yang mengisahkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

    Tiga beradik meminati sukan Pushbike

    Dalam pada itu, Wan Azri berkata, selain Mikayla, dua lagi anaknya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula sejak 2019.

    Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

    Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat.

    Jelas Wan Muzri yang juga Presiden The M8 Cycling Club, pushbike kini bukan sekadar sukan, tetapi satu platform yang membuka pelbagai peluang menerusi pelbagai kerjasama.

    Tahun depan menyaksikan kerjasama hebat antara Team M8 Malaysia, Team ZK Racing, Minigp Malaysia dan Sepang International Circuit (SIC). Usaha ini memberi peluang besar kepada tiga beradik ini untuk meneruskan kerjaya dalam bidang permotoran apabila usia mereka dalam sukan pushbike tamat.

    Kami masih fokus pada basikal, tapi InsyaAllah jika diberi peluang, mungkin mereka akan sambung ke bidang permotoran.

    Sekadar info, selepas Budak-Budak Pushbike, Mikayla juga menerima tawaran berlakon dalam drama Dzikir, yang dijadualkan tayang di Astro sempena Ramadan 2025.

    ALSO READ:  Lelaki Miang! Sambil Cakap Telefon Tayang Kemaluan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts