Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBermula Sebagai Kedai Kopi, 50/50PizzaCoffee Kini Antara Kedai Pizza Neapolitan Popular Di...

    Bermula Sebagai Kedai Kopi, 50/50PizzaCoffee Kini Antara Kedai Pizza Neapolitan Popular Di Kuala Lumpur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berbekalkan pengalaman sebagai barista selama lebih sedekad, Ahmad Raqa’il bin Roslan mencuba nasib untuk membuka kedai kopinya sendiri secara kecil-kecilan di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Beruntung dikelilingi rakan-rakan yang menyokong cita-citanya, kedai tersebut turut sama diuruskan bersama teman-teman sehingga beliau berjaya mereka berjaya memperolehi sebuah ketuhar pizza, mesin espresso dan beberapa peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan tersebut.

    Perjalanan bermula – pizza neapolitan menjadi taruhan

    Berbekalkan satu ketuhar, Raqa’il melakukan RnD (research and development) untuk doh pizzanya sendiri. Untung saja pengalaman dalam bidang F&B (food and beverage) banyak membantu beliau dalam perjalanan ini.

    “Saya kemudiannya dipertemukan dengan Chef yang berpengalaman luas untuk membantu saya, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang french fine dining di restoran terkemuka seperti Potager dan Entier.”

    Dikala Raqa’il berusaha menaikkan perniagaannya, 50/50PizzaCoffee sangat beruntung apabila pempengaruh popular @ceddyornot berminat untuk ‘review’ hidangan pizza mereka melalui Instagram dan juga TikTok.

    Bermula daripada itu, 50/50PizzaCoffee semakin dikenali ramai. Bahkan, ada masanya pesanan mereka terpaksa ditutup awal dek kerana sambutan hangat orang ramai.

    Peluang dan ruang yang diperolehi Raqa’il membolehkan beliau untuk menambah baik kualiti dan standard produk yang ditawarkan di 50/50PizzaCoffee.

    “Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan bantuan mereka dari hari pertama sehingga sekarang.”

    Tambahnya lagi, di 50/50PizzaCoffee mereka komited untuk menghidangkan pizza neapolitan dan seleksi specialty kopi yang bersesuaian dengan citarasa tempatan di samping mengekalkan harga berpatutan.

    Cinta kepada bidang F&B menjadi pembakar semangat

    Raqa’il mengakui dia merasai ‘kepuasan’ yang tidak boleh dibeli dengan wang apabila dapat menghidangkan makanan dan minuman yang lazat kepada pembeli.

    ALSO READ:  ‘Itu Bukan Rambut Tapi Topi Berbulu’ – Yuna ‘Declare’ Awal

    Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang inspirasi di sebalik jenamanya dan bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan.

    “Saya mendapat inspirasi untuk mencuba peluang dalam bidang pizza selepas diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pembantu daripada team pizza Jofliam selama 3 bulan.

    “Selain itu. cinta, semangat dan kepuasan daripada menghidangkan dan menyediakan makanan serta minuman yang lazat buat dinikmati dan dikongsi bersama orang tersayang menjadi inspirasi untuk saya memulakan perniagaan ini”

    Raqa’il berharap semoga di masa akan datang ebih ramai orang akan mengenali 50/50PizzaCoffee dan sudi untuk berkunjung ke sini bagi menikmati hidangan pizza Neopolitan bersama kopi.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts