Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBermula Usia 13 Tahun, Jurutera Dedah Selesa & Tenang Pakai Lampin Bayi...

    Bermula Usia 13 Tahun, Jurutera Dedah Selesa & Tenang Pakai Lampin Bayi – ‘Saya Tak Pakai Depan Isteri Atau Keluarga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Pengamal gaya hidup Adult Baby Diaper Lover (ABDL) atau sindrom bayi dewasa sukar untuk dihidu oleh masyarakat.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Wajib Buat Susu, Pasang Kartun & Pakaikan Lampin Sebelum Tidur’ – Isteri Dedah Suami Ada ‘Fetish’ Aneh

    Artikel berkaitan: ‘Jual Seluar Dalam Asham..Masuk Dalam Ziplock Baru Bau Kick!, Boleh Untung RM5k’

    Rasa selesa pakai lampin bayi

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, golongan ini menjalani kehidupan seperti orang dewasa namun mempunyai keinginan menjadi bayi serta kelengkapan bayi di rumah.

    Menurut Adam, 35, bukan nama sebenar mengaku dirinya mempunyai sindrom tersebut dan keinginan menjadi bayi bermula sejak usia 13 tahun.

    Satu hari saya rasa nak cuba pakai lampin adik, masa tu kecil lagi. Saya ambil lampin adik senyap-senyap, saya cuba pakai dan muat. Masa itu timbul rasa sangat selesa.

    Bermula hari itu saya pakai (lampin bayi), ibu bapa tak pernah tahu. Bagi saya pakai lampin membuat saya sangat selesa, tenang. Apa yang ada dalam naluri saya cuma nak pakai lampin.

    Adam yang juga seorang jurutera memberitahu terdapat komuniti yang memiliki keinginan yang sama sepertinya.

    Malah, segala kelengkapan bayi dewasa turut dijual di platform komuniti itu. Dengan kemajuan terkini, saya terjumpa kumpulan yang ada naluri sama seperti saya.

    Segelintir mereka hanya suka pakai lampin manakala ada sesetengah lagi berkeinginan dilayan seperti bayi. Ada yang suka kedua-duanya.

    6 tahun kahwin, isteri tak tahu

    Gambar sekadar hiasan

    Sementara itu, Adam mendedahkan sisi pelik tersebut tidak diketahui isteri meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

    Walaupun enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, sisi pelik ini tidak diketahui isteri.

    Saya tak pakai lampin depan isteri atau keluarga. Namun saya memakai lampin ketika bekerja atau berada di luar rumah. Contohnya, tiap kali saya pergi gimnasium, mendaki atau di mana-mana sahaja, kalau ada peluang saya pakai.

    Sementara itu, pakar klinikal kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata, ABDL lebih kepada gaya hidup individu yang disebabkan kurang kasih sayang, ketidakseimbangan emosi dan tidak tahu menyalurkan emosi dengan betul.

    ABDL lebih kepada gaya hidup masyarakat tertentu melayani perasaan mereka. Saya ingin tegaskan ABDL bukan masalah perubatan atau psikologi secara khusus tetapi gaya hidup sesuatu masyarakat itu.

    Namun begitu, gaya hidup ini termasuk elemen psikologi yang membabitkan emosi, tingkah laku orang dewasa tidak wajar.

    Katanya, pengamal ABDL ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan lelaki dewasa.

    ALSO READ:  [REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts